THANK YOU FOLLOWERS !

Saturday, June 4, 2011

Terima Kasih Rokok

Alright. Entry aku pagi ini pasai nikotin yang semakin menjadi - jadi didalam tubuh aku.


Siapa pernah dengar ubat Niquitin?? mana tak pernah dengar kan dah selalu tengok iklan ditelevisyen. Start je iklan itu keluar aku telah berjanji untuk stop smoking dan aku pergi cari ubat itu serta merta. Tapi apabila aku fikirkan balik kesan ubat tu dalam tubuh aku menyesal kot. Korang nak tahu apa yang rasa apabila aku makan ubat tu? Ubat Niquitin ini akan detect dahulu ditekak dan kemudianya korang akan rasa pula sakit didada. Seakan - akan susah nak bernafas.


Dua penyesalan aku dibuat ketika ini adalah menyesal aku merokok dan menyesal aku mengambil langkah terburu - buru terhadap ubat ini. Mana taknya respond ubat Niquitin ini sebenarnya memberi petunjuk terhadap aku selama beberapa tahun aku hidup dengan merokok dan perolehi banyak toksik - toksik dan racun ditubuh aku. Sakit yang teramat sangat beb. Mungkin aku tersilap pilih kandungan-nya terlampau kuat untuk badan aku. Apabila aku tanya kawan - kawan yang tahu sedalam - dalam kandungan nikotin pula ada pula kebaikannya. Kenapa mesti ada perkataan "kebaikan" untuk nikotin?


Apabila diceritakan baru laah aku dapat tahu yang nikotin ini berfungsi untuk memberi tenaga kepada kita. Cuba korang tanya kawan - kawan yang tagih merokok. Aku ataupun korang yang dinamakan penagih rokok mesti dapat tahu effect sebenar nikotin. Korang mesti rasa releks ataupun lebih bersemangat kan? yap ! aku akui melalui sudah beberapa tahun aku berjinak dengan rokok.

Kalau korang tahan mengantuk, korang hisap rokok tak??
Kalau korang sudah je makan, korang hisap rokok tak??
Kalau korang bosan terlampau dasyat(tak laa dasyat) korang hisap rokok ke tak??

Mungkin aku silap tanya. Aku sendiri yang semestinya rokok dijari untuk menaip entry ini dan juga sebelum - sebelum nie. Adoii. Sambung lagi, Sebenarnya nikotin teramat bahaya untuk kesihatan setiap penagih rokok termasuk juga aku. Korang tak rasa ke ketika korang bernafas iainya menjadi sukar untuk bernafas , denyutan nadi lebih laju atau kuat dan bla bla bla? mustahil lah korang tak dapat rasa.


Ramai yang bagi tips kepada aku untuk memberi sokongan aku supaya aku berhenti merokok. Ada yang bagi tips yang aku perlu cuba rokok elektrik. Tapi tak laah pulak mampu belikan rokok tu. Mungkin ada cara lain yang dapat membantu aku hilangkan ketagihan. hmmmm...


Jom sama - sama buat research pasal nieh !

 Clip video nieh tak ada kaitan dengan entry nie sebenarnya. Aku chaw lu. Lagi aku mengadap entry ini lagi banyak aku hisap rokok.

Selamat Menyambut Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Daulat Tuanku.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

5 comments:

  1. sekali meroko mmg nak lagi...sekali ketagih, mmg tak boleh lari....mcm tu ke care niquitin berfungsi...takut gak ek...

    -Yok mampir diluk = fixie bike untuk di jual..

    ReplyDelete
  2. ni perokok tegar ke tak? matwa, katakanlah kan pada tahun 2020 nanti harga dunhill 20 sekotak rm20..nak beli ke tak?

    ReplyDelete
  3. baby tu comel jer smoking,haha

    ReplyDelete
  4. kt kuala terengganu, farmasi mane y jual niquitin?...

    ReplyDelete