THANK YOU FOLLOWERS !

Friday, May 27, 2011

10 band dari Terengganu yang aku minat

Second entry aku sebelum aku tidur dibawa mimpi khayalan.


Entry kali ini aku cuma selitkan beberapa video live dari sepuluh band dari Terengganu. Mungkin diorang terbaik kot bagi aku opppss jangan salah faham beb ! semua band - band dari Terengganu terbaik bro. Tak akan laah ada 100 band dari terengganu aku perlu kutip seratus band dimuatkan dalam entry aku ini kan. So, aku perkecilkan lagi kouta band dari pada seratus band kepada sepuluh band sahaja.

Tengok - tengok laa ye.... enjoy ... HEHEHE ...



Sleepy Jeremy








Okey. Simple je kan entry aku kali ini. Semoga terhibur....

Nak info lebih dalam tentang band - band diatas. Click sahaja dinama band yang berwarna merah.


Okey. Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Layan lagu :D

Entry paling terbaik bagi aku disebabkan aku baru je pandai nak post video dari youtube banyak - banyak macam kat bawah ini.

Video clip lagu kat bawah ini adalah lagu yang paling suka. Mungkin korang tak suka kot. Mana tak nya, alunan musik rancak siapa laa nak dengar kan? aku sebenarnya suka dengar lagu - lagu dari band local scene. Bagi aku lirik lagu local scene lagi terbaik kerana banyak memberi maksud yang mendalam. 






Layan laa yeee... Aku tiada idea lagi dah. 

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.


Thursday, May 26, 2011

Diari 25 - 26 May 2011

Fuhhh ! Sesiapa yang baca entry aku kali mungkin akan ada perasaan melugakan. Apakata jangan baca....HAHAHA


Konklusi kenapa aku selalu keluar enjoy dengan kawan - kawan dari Alumni SMKPN adalah sangat - sangat seronok dan berbeza keluar lepak bersama kawan - kawan dimana aku selalu lepak bersama. Mereka ini selalu memberi semangat , nasihat dan selalu kongsi story tentang kehidupan mereka ditempat orang. Maklum je lah, kawan - kawan aku ini ramai yang merantau. Aku pula tak pernah merantau ditempat orang. Orang kampung kata kan. Aku seronok sebenarnya apabila dengar celoteh kawan - kawan aku tentang cara study ditempat orang lagi aku seronok apabila dengar cara hidup mereka disana.

Semalam 25 May dimana tarikh semua student UITM akan dapat result. Petang semalam aku keluar minum air dengan kawan aku dibawah ini. Situasi aku paling seronok apabila tengok kawan - kawan aku dapat result terbaik yang belum pernah mereke kecapi. Apa lagi fikiran aku melayang dan memikirkan " Bila aku nak tengok result aku 3 pointer lagi?" "Belum ada perasaan cemburu lagi ke dalam diri aku?". Persoalan yang mesti aku jawab suatu masa nanti.


 Ehm Ehm ... Macho sial ! HAHA.. nama gelaran Mat Leh. suara pergghh ! macam faizal tahir. Bro ini banyak story aku pasal study. Macam - macam aku dapat dari bro nieh. Yang terbaikkk sekali pasal bro nieh tak letih gelak. 


Perggghhh ! SwEeT !HAHAHAA ! nama samaran Ned adoii ! pelik kot nama samaran sis nie ! okey. Sis nie selalu keluar jalan - jalan dengan aku dan Mat leh. Kemana sahaja aku dan Mat leh nak pergi mesti ada sis nie.


Ini anak dara group Pinky maa ! manyak cantikkk oooo ! okey cun. sebelah kiri Uca , Alia dan miera. Kalau aku keluar lepak bersama Mat leh dan Ned tak ada group nie macam tak seceria astro ceria channel 611. 


last ! Nama samaran bro nie Amir Papan. Bro ini banyak cerita pasal kehidupan dia ditempat orang. Banyak nasihat aku terima dari bro nie. Pernah aku story hal bro ini diblog aku. Banyak persamaan kehidupan keluarga bro nie dan aku. Engkau memang terbaik lah bro ! 

Team futsal pula tak lupus sejak tahun 2005 lagi. Masih bergerak aktif walaupun tidak cukup line up.

Line up Kyohi fc :

Aku
Mat Leh 
Pijo
Izat
Serul kokang
Azraii
Qahhar
Syed faiz
Firdaus Meon
Sebu(sessionist)

Selamat berjaya kawan - kawan...jumpa lagi masa yang akan datang !


Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.


Tuesday, May 24, 2011

Diari 23 May 2011

Mesti korang hairan kenapa aku tidak update entry dan aku kurang facebook dionline -kan. Meh aku nak kasi tahu sikit !

Laptop aku ada masalah didriver cut. Kenapa pulak? itu laa upah akibat tidak shut down aku punya laptop ketika ribut petir. Faham - faham je lah. HAHA

Dialog dibawah ini tercipta dari perbualan telefon aku dan amir pada petang semalam.


Aku : Amir ! jom temankan aku pergi bank Tabung Haji.
Amir : mu nak buat ape?
Aku : Aku nk pergi ambil duit lepas tuh temankan aku beli laptop di Jalan Tok Lam.
Amir : Mu mari je rumah aku.
Aku : Okey cun !


Hp G42

Akhirnya hajat dihati aku untuk memiliki laptop baru dimakbulkan. HAHA. Laptop ini dah lama menjadi idaman aku sebenarnya. Tapi....Mak aku tak kasi angkat ini punya barang maaa ! pujuk punya pujuk akhirnya lembut juga hatinya. Terima kasih umei !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Diari 20 May 2011

Entry ini aku tujukan kepada sahabat Alumni SMK Padang Negara batch 2008.



Satu peristiwa telah terjadi pada tarikh 20 mei dimana sekumpulan remaja dari Alumni SMK Padang Negara telah berkumpul untuk berkongsi kisah hidup mereka diperantauan dan juga mengenang kembali saat dizaman persekolahan. Disamping itu juga program kami diselitkan dengan meratah ayam. fuhh ! pelik je bunyinya....


Tahniah kepada Salahuddin Arif kerana berjaya menganjurkan program kali ini. Reunion ini bukan senang untuk mengembalikan sahabat - sahabat dizaman persekolahan bersatu dibawah pokok rhu dimasjid terapung. menghirup udara segar dan nyaman disertakan makanan yang 
menarik dan sangat laa lazat hingga menjilat jari. Ramai sahabat - sahabat kita telah merantau ditempat orang untuk menambah ilmu didada tidak sempat untuk bersama kami diprogram ini.

Objektif reunion ini dilaksanakan :


Bersatu seperti didalam big family. Berfikiran terbuka dan tidak sombong satu sama lain.


Mewujudkan sikap setiakawan antara satu sama lain. Tidak sama sekali apabila segelintir berpendapat perlu mengasingkan pelajar pintar dan pelajar kurang pintar. 


Sentiasa hormat satu sama lain. Berjabat tangan tanda permulaan pertemuan.


Okey.... program ini mungkin banyak kekurangan dimana makanan disediakan tidak mencukupi untuk menampung seramai 40 orang. Bersyukur laa apa yang ada ye kawan - kawan. hahahaa ! nanti kami buat lagi sekali tetapi tolang laah bagi kerjasama yang terbaik. HAHA







Next program akan lebih hebat dari ini. Nak tahu apa program seterusnya tunggu information dari ketua program Alumni SMK Padang Negara.

Idea aku full sebenarnya. Akibat mengantuk aku terpaksa menghabiskan juga entry kali ini.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Sunday, May 8, 2011

Karnival Belia 2011 !


Semalam berlangsungnya satu peristiwa yang akan aku kenang sampai bila - bila. Terima kasih kepada Gerakan Belia 4B Terengganu kerana menganjurkan karnival belia tahun 2011.

Seharian aku berada di Kompleks Belia Dan Sukan Terengganu dan bersama - sama Protege Entertainment untuk menjayakan program ini. Fuhhh... Banyak band - band dari luar terengganu sanggup datang untuk menjayakan program tersebut. Tahniah beb !

video
Genx 92 - Satu melayu cover song dari SOG. Lagu ini bukan ditujukan kepada hal perkauman malahan iaitu satu tentang melayu yang kian jatuh ditimpa tangga. pergghh ayat aku !Apa yang menarik video ini adalah dimainkan ketika Dato Wan Ahmad Farid datang melawat suasana program ini berlangsung. Line Up band ini adalah Mbex Firdaus , Izzat Danial , Bilyritter dan Amy. Berasal dari K.Terengganu.

Dato' Wan Ahmad Farid merasmikan program karnival belia semalam. Terima kasih Dato' !

video
66Sickchik - Puisi Penyu (Tribute to JM Aziz). Aku rasa lagu ini sesuai untuk rakyat Terengganu. Lagu ini mengisarkan tentang kehidupan penyu yang semakin pupus akibat kegiatan manusia dan keindahan Terengganu. Band ini mencipta nama seawal aku berumur 11 tahun. Kemungkinanye laah yang pastinya band ini telah lama ditubuhkan oleh Uncle Aid , Keri , Alias dan Joe. Orang luar tiada masalah kot kalau nak try dengar lagu ini.


video

Last video dari Genx 92. Enjoy....

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah

Tuesday, May 3, 2011


Malam di kuala lumpur. Bosan bercampur dengan lapar tak tahu lah nak cakap macam mana. Malam ini aku bermalam di rumah cousin aku di area bangsar. Nak keluar jalan - jalan hujan laa pulak. Keluarga cousin aku pulang ke Terengganu dan cousin aku tinggal sorang - sorang dirumah. So temankan dia dan bermalam dirumahnya.

Dalam keadaan lapar kami buat keputusan drastik iaitu memasak "france toaste" didalam bahasa asing dan bahasa didalam negeri pula roti bercelup telur . Pergghh !

Bahan - bahan :

Roti
Telur
Garam
Planta





Maaf ! gambar hidangan kali ini tak sempat nak snap. Harimau sini sudah lapar terlampau dasyat.

SELAMAT MENCUBA !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.