THANK YOU FOLLOWERS !

Tuesday, December 27, 2011

Ada siapa nak hentam statement aku tak ?

Fuhhh...


Assalamualaikum dan selamat pagi....

2 malam aku bertarung dengan permainan minda yang teramat dasyat. Buntu, rindu, kadang2 terasa pula diri aku terlalu bodoh dimata orang. Bukan senang seorang tuh nak mengaku dia seorang yang bodoh. Tetapi aku terima apa yang aku dapat dari perkataan BODOH yang aku sendiri aku lakukan dari luar jangkaan mindset aku. Apa yang anda perlu tahu manusia tetap ada bodoh ... hahaha ada sape2 nak bantah statement aku?

Apa yang aku buat nie wahai Matwa sampai kau mengaku kau seorang yang bodoh?

Hari ahad pada waktu tengahari aku begerak ke Tatiuc dikemaman untuk tujuan mengambil templet dan application form dikolej tuh. Bermalam lah aku dihostel kolej tuh dan juga ditemani kawan2 yang baru beberapa jam aku kenali. Bermacam macam aku saksikan. Menarik, seronok hmmm boleh laah sebabnya aku sudah pun mengenali beberapa orang disana. Okey, aku pula duk kalut nak jumpa si N. Si N nie siapa pulak? Si N nie study disana dan aku pula plan laah aku nak jumpa sangat2 si N nie walaupun tak sampai 5 minit untuk kali terakhir. Tapi gagal sebab alasanya nak jauhi dari aku sebabnya dia dah pun ada orang lain. Fuhhh... Terbaeek.. 


Mungkin silap aku jugak laah. Ye lah, ego seorang lelaki memang susah nak dikawal. terlalu mementingkan diri aku sendiri sampai aku terlewat menyempurnakan hajat dihati untuk berbaik kembali. Bodoh membuat keputusan. 

"Tiba masanya aku pergi, 
Tiada guna bersama kau lagi, 
Kau bilang aku yang kau cinta, 
tapi dihatimu cuma ada dia"


Thursday, December 22, 2011

Fuhh...


Pagi yang terbaeekk. Pukul 6.30 dah terpacak depan Mcdonald bersama sama umeir dan firdaus. Hahahaha

Salam warga Malaysia...


Ceriakan hari ini dengan....


Terpaksa pergi Mcdonald semata mata nak update entry. Sory laa yang mana tak sempat nak blogwalking. Broadband dah kehabisan quota. Haha


Wednesday, December 21, 2011

Masalah masalah masalah

Fuhh..


Pagi yang terbaik. Bermandi hujan kerana sanggup cari jalan nak update entry diMcdonalds. 

Assalamualaikum dan selamat pagi warga malaysia.

pagi ini aku bersengkang mata demi untuk menyelesaikan masalah aku. Okey, Ape masalah aku sekarang ini?
Meh sini aku ceritakan A to Z.

Masalah pertama

Ini mungkin cara aku untuk hilang serabut otak aku yang aku terpaksa menangung derita beberapa selepas result final exam aku keluar. Mana taknye weh, staff dari Hems Unikl call aku pagi tak silap aku pada 18 hb. Boleh dia cakap pointer aku down dengan teruk. Okey2, memang lah pointer aku down gila gila sebabnya aku skip class sebulan lebih sebab menanggung sakit yang amat dasyat. Ni haa bukti dia Ambik ! Seminggu sebelum final pun aku tak boleh tumpu dah apa yang aku study. lepas tuh dia cakap ape? nanti aku cerita kat lain entry.

Masalah kedua

Dugaan yang sering terjadi ada hikmahnya. Ada baiknya untuk mematangkan fikiran kita juga. Yelah, Tengah syok2 duk sambung diploma ada je dapat call interview. Aku pun dah naik pening duk fikir jalan mana aku pilih. Adakah kerja ataupun adakah study. Kerja pun mungkin gaji aku tak seberapa sebabnya hanya sijil dan study pulak mungkin bagus sebab aku nak cari segulung diploma.

Fuhhh.

Sekarang aku tunggu 8.45 a.m untuk call balik hems Unikl dan nak dapatkan serba sedikit info tentang diri aku. Wish me good luck guys.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.



Tuesday, December 20, 2011

Gaya baru difacebook

Fuhh...

Malam yang penuh kesyahduan dan malang bagi aku. Ceyyywaahh... Tapi betul laa. Facebook aku entah siapa yang block aku pun tak tahu lah. Biasalah, dah lumrah manusia yang berhati kotor dan penuh hasad dengki dalam jati diri memang susah laah kita nak tanggani mereka.


Agak agak bila facebook aku berfungsi seperti biasa?


 Facebook pulak sekarang dah ada trend baru untuk budak budak baru nak tengok dunia luar. Macam macam jenis page site diorang buat semata mata mahu tunjukkan bakat terpendam mereka nak anti sana sini. Biasanya admin yang buat page site tuh pun yang selalu join group dia yang nak anti tuh jugak. Saling kerja sebab nak naik katakan.

Hack menghack facebook rakan rakan pun satu. Kena dengan aku laah statement nie sebab entah beberapa kali email aku kene hack.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.



Sunday, December 18, 2011

Disebalik hujan dan ribut


Fuhhh...

Pukul 4 a.m masih lagi aku kukuh bersama laptop. Cuba menyakinkan diri mengupdate entry diluar rumah. Perasaan takut semestinya ada dan aku luputkan untuk aku mencari ilham dan juga mencari kepuasan. Angin mendayu dayu disertai tempiasan hujan. fuhh.. sungguh tenag kawasan perumahan aku. 


Selamat pagi rakyat malaysia. Semoga pagi nie mood rakyat semua keadaan ceria dan sentiasa senyum kemana sahaja anda pergi.

Sedang aku melihat hujan aku ditemani rokok, air tea o panas, beberapa cucuk satay ayam dan alun alunan muzik aku dapat mencungkilkan makna makna tersirat disebalik kesan ribut dan hujan yang dapat memberi kita seribu tersirat dan tersurat yang berahsia.

Ribut

Jangan ingat ribut yang kuat boleh mematahkan ranting didahan pokok gugur kebumi walaupun ranting itu uzur dimakan anai anai

fikirlah sekumpulan semut membawa makanan ketika angin kuat dan mereka tidak berganjak


Hujan

Manusia tak perlu menangis kerana ditinggalkan kekasih tetapi manusia perlu menangis ketika memohon keampunan dari yang maha Esa

Jadilah air hujan kerana setiap kali ia jatuh kebumi memberi seribu kenikmatan seluruh manusia dibumi


Pepatah ada berkata " andai kamu ingin melihat pelangi basahilah badanmu dengan hujan terlebih dahulu "


Bukan cita cita aku menjadi seorang ahli falsafah. Semua diatas hanyalah rekaan.

Akhirnya siap entry untuk kali ini. 5:20 a.m / 18 Dec 2011

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Friday, December 16, 2011

Manis mulut bukan terletak dibibir tetapi ia terletak difikiran

Fuhhh...

Dasyat suasana dibandar Kuala Terengganu pada malam minggu. Bermacam macam ragam manusia berkeliaran untuk mencari sinar fikiran dan mencari rezeki untuk menampung diri mereka.

Okey...

Sekarang aku bukan nak update pasal ragam manusia tapi aku nak update tentang buah fikiran yang masih kolot dengan hal hal agama dan mereka mudah terpesong aqidah melalui buah percakapan.

Aku bukan pula nak update pasal isu politik tetapi ini isu agama. Bawah nieh aku serta dua perbezaan buah fikiran. Anda saksi, Anda pilih, Anda fikir ...


--------------------------------------------


Assalamualaikum. Salam ukhuwah.

Sunday, December 11, 2011

Ms Studio, Dungun

Fuhh...

Cuaca yang baik di K.Terengganu. Akhirnya badan aku terasa lenguh dan suam - suam sejuk. Tapi itulah nikmat yang aku bawa balik kerumah kerana bersama - sama Terengganu Underground Scene di Perasmian Ms Studio di Dungun semalam. 

DEG - Intro

video






Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Thursday, December 8, 2011

Invade: The Acoustic

Fuhhh....

Selamat pagi warga Malaysia. Aku berharap sahabat - sahabatku mengharungi kerjaya masing - masing dengan berjaya.

Bawah nieh aku sertakan beberapa keping gambar sempena persembahan akaustik yang telah dianjurkan oleh Invade:The store pada tengah malam tadi. Maaf jika gambar tak elok kualitinya. Kamera DSLR mahal sangat sampai tak mampu nak beli.

Invade : The Acoustic










Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Wednesday, December 7, 2011

Sesal

Alhamdulillah...

Syukur aku masih berdiri diatas bumi yang cukup indah harmoni. Ya Allah, Apa yang aku telah lakukan sebelum ini. Sungguh menyesal aku tak memilikinya sejujur dan seikhlas jiwa aku. Sesungguhnya aku amat mencintai mahupun menyayanginya. Mungkin fikiran aku tak matang sebelum ini yang telah membuatnya terluka hati dan membiarkannya jauh dari tempat asal aku berdiri bersama - samanya ketika dahulu. Saat aku menyayanginya, ego aku diutamakan. Arrgg... apa yang aku telah lakukan !Sejarah yang memang aku tak akan luputkan.


Sesungguhnya aku tak berharap ianya akan datang kembali menemaniku. Tetapi jika takdir menemukan aku dan dia kembali sesungguhnya ianya adalah ketentuan Ilahi. Haruskah aku terus melayani perasaan aku dan terus merinduinya. Cukuplah hanya sedetik suaramu membuat hati aku gembira walau hanya sesaat.

Nya : Capital "N"

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.