THANK YOU FOLLOWERS !

Tuesday, February 28, 2012

RQ CALL JAP


Oh perasaan,
Andaiku pendam ianya akan menjadi dendam
Oh perasaan,
Andaiku biarkan musnah ianya akan merosakkan segala galanya.

tet tet ...

RQ call jap

Cepat cepat aku tekan button hijau

N : Hello wa
Matwa : yee saya ... kenapa suruh call?
N: tak ada apa apa cuma rasa rindu
Matwa : owhhh ... ingatkan dah lupa wa ... kenapa tak tidur lagi? 
N: Sorry lah, Assignment banyak sangat bla bla bla bla bla ... ( cerita pasal assignment rosak ) 
( cerita pasal kedai makan )
Matwa : owhh... bla bla bla bla ( aku bagi tips sikit tentang cara menyelesaikan ) ( suruh dia ajak family dia makan malam kat kedai )
N: Ohh takpa lah ... senyap ( 1 minit ) nak tidur pukul berapa ?
Matwa : tak tahu lah ... ( senyap 1 minit )
N : Wa, kalau wa jumpa FB N jangan add N tau sebab "BF" N selalu online acc N ..
Matwa : owhh okey ... (senyap 2 - 3 minit )
N : Tak nak cakap lagi dah?
Matwa : tak tahu lah ... 
N : N ngantuk ah ... N tidur dulu lah
Matwa : Ikut N lah ...
N : Okey ... Assalamualaikum
Matwa : okey bye Waalaikumussalam (cepat cepat cari button merah )


Kenapa aku senyap time dia cakap pasal jangan add fb dia sebab bf dia selalu online fb dia ... hesh nak ke aku add fb engkau ? haha 

p/s : lelaki tak akan dapat lari dari ego kerana mungkin ada sebab rasa bajet hot dan sebagainya ... tetapi jangan hairan kalau silelaki bergayut telefon dengan anda keluar perkataan "tak tahu" dan " Ikut suka hati awaklah " sebab silelaki tuh mungkin syok main game ... seriously ;)





Saturday, February 25, 2012

N KEMBALI HILANGKAN DIRI

Oh bintangku,
Hadirnya dirimu mempersonakanku,
Lantasku menyampai cintaku,
Tetapi dirimu berlalu tanpa berpaling


Assalamualaikum dan selamat pagi warga malaysia. Lama aku tak update. Kadang kadang idea datang tetapi kalau diperam dalam otak lama lama ia hilang tak dapat dikesan. heshh.

Entry simple pagi ini tentang ex gf aku la kot. Tapi tak tahu nk cerita macam mana. Siapa pernah baca entry aku sebelum ini tentang ex gf aku? memang tak ramai baca kan? entry jiwang memang orang tak suka baca. Seriously aku memang mat jiwang karat. Click sini untuk tahu tentang Ex Gf aku ;)


P/s : Ada ada je aku buat entry untuk awak kan. Tapi tak tahu nak cakap macam mana lagi dah rindu saya kat awak.

Thursday, February 9, 2012

RAHMATIKU DAN PERMINTAANKU UNTUK BERTEMU DIDALAM RESTU


Angin dingin yang menyapaku
Wangi bunga yang semerbak lenyap
Haus dahaga suntuk lalupun lelap
Nyanyian puitis nyiurkan angan

Bagaikan permata dicelahan kaca
susah ditafsirkan maksud disebalik kerdipan
Kepadamu Tuhan aku pasrah 
KeranaMu maha mengetahui segala yang bakal terjadi

Assalamualaikum dan selamat malam semua sahabatku yang disayangi. Mohon maaf jika diriku membuat kesilapan antara prilaku dan madah lidahku yang tak bertulang.




Entry ringkas kali mungkin korang rasa tak sesuai untuk public. Mungkin entry ini untuk personal ataupun untuk aku sendiri. Diringkaskan bahawa aku akan pergi MSi untuk kali terakhir. Pada? hmmm boleh tak aku nak cakap cam nie " ikut suke aku lah nak pi bila?" hahaaha. Dimasa yang sesuai aku akan bagitahu lah.
Itu sahaja entry kali ini. Oh lupa, korang rasa apa tujuan aku pergi lagi ke MSi? satu je alasan aku iaitu aku rindu budak budak Batch aku disana. Okey? hahaha ...


Wednesday, February 8, 2012

PENGALAMAN DITANAH SUCI


Malam ini akan ku cuba mengintai mu dari tirai kamar. Lalu aku mempersembahkan sebuah hajat yang ingin kukecapi. Akan ku meluapkan segala kata kata yang terpendam kepadamu. Biar dirimu berlalu pergi dengan rahsia hanya kita berdua ketahui. Ohhh Bulan ....

Assalamualaikum dan selamat pagi malaysia. Malam yang indah dan kita ditemani cahaya bulan menerangi lautan. Indah sungguh ciptaannya. Terima lah madah aku pagi ini. Entry kali ini aku mungkin sudah lama dihajatkan untuk diupdate. Tetapi tiada idea untuk memulakan. Pengalaman aku sewaktu mengerjakan ibadat Haji diTanah Suci Mekah pada tahun 2006. Pengalaman dimana kuasa Allah Taala telah terbukti terjadi terhadap aku.


Pengalaman pertama

Semasa dirumah, pakcik aku nak ajar cara macam mana nak pakai kain ihram. Tetapi cakap aku tak nak belajar. Setiba dimekah selama 2 hari aku masih lagi tak pandai pakai ihram tuh dan sampailah lilitan kain ihram tuh terlondeh dan terbuka belahan kain dibahagian kemaluan aku. haaa ! masa itu tak silap aku mengerjakan umrah. Dari itu, adalah pak haji roomate aku tolong ajar macam mana nak pakai dengan betul.

Pengalaman kedua

Disuatu malam ketika aku sedang minum kopi dibawah sebuah pokok rendang daun daunnya. Aku cuba bakar sebatang rokok dan dihampiri seekor kucing. Mungkin kucing parsi kot. aku tegur kucing tuh " Comelnya awak". Setelah habis aku hisap rokok aku bangun untuk beredar untuk naik ke hotel. Selepas itu aku terkejut kerana sebelum aku duduk disitu hanya seekor sahaja kucing berada dengan aku tetapi alangkah ramai kucing berhampiran dengan aku. Kucing tuh binatang kesayangan Nabi tau.

Pengalaman ketiga

Suatu pagi selepas solat subuh bersama pak haji roomate aku ingin keluar mencari kedai breakfast disekitar Masjidil Haram. Nampak laa satu anak tangga kearah satu lorong. "pak haji, jangan lalu laah nanti tersesat pulak" satu kata kata yang tak disengajakan. Kami tak lalu jalan tuh tapi kami berpatah hajat dan lalu langkah pulang ke hotel. Semasa kami jalan sama sama menuju balik, sekilas pandang sahaja kami terpisah. Nasib baik aku ingat jalan pulang ke hotel. Dengan itu, aku pulang seorang diri. Setiba dihotel aku berehat dibilik. Dalam beberapa minit kemudian pak haji baru sampai bilik. " tadi pak haji cari wan tapi tak jumpa". 
p/s : Ditanah suci, jagalah percakapan kamu.

Pengalaman keempat

Umei, emak saudara, Nenek saudara aku selesai buat umrah selepas solat subuh. Sebelum itu, kerana aku terlalu penat aku balik tidur dihotel. Aku tak tahu pulak mereka nak selesaikan kerja kerja umrah. Sebelum solat zuhur aku bangkit dan lalu ke bilik mereka,

Aku : umei, meh r g wat selesai kerja kerja umrah.
Umei : umei siap semua dah kerja kerja umrah.
Aku : habis tuh wa macam mane?
Umei : umei ingat wa dah buat kerja kerja umrah
Aku : bla bla bla bla Bodoh ... bla bla bla 


Hanya terlepas cakap satu perkataan BODOH sahaja. Mulut aku tak boleh buka dan tak boleh makan selama sehari. Dibahagian tepi bibir aku seakan akan ada kudis. Lalu aku kerjakan solat taubat, solat hajat dan minta maaf kepada umei aku. Alhamdulillah, selang sehari selepas itu mulut aku sembuh kembali.

Pengalaman kelima

Perjalanan menuju ke Madinah selama 8jam dari Kota Mekah dan kami berhenti makan disebuah hentian. Kami disambut dengan angin yang kuat. Sejuk terasa sampai ketulang. Aku terlihat bulan. Oh ciptaanNya. Aku terasa seperti bulan tuh hampir dengan kami. Cukup cantik dari segala galanya. Lalu aku angkat kedua dua tanganku berkata Syukur Alhamdulillah kerana aku diberi peluang melihat kecantikkan ciptaanMu Yaa Allah.

Pengalaman keenam

Sesampai di Madinah, aku ternampak gerai kebab. Dihari pertama, aku dah try kebab dia. Kebab dan air pepsi. Murah je kot. 3 riyal je kot. Aku beli kebab ayam dan air pepsi. Kenyang laa jugak. Aku naik hotel aku cakap kat umei. " Umei, wa tak nak makan nasi. wa nak makan kebab je" selama seminggu aku tak ada selera nak makan nasi. Hahaha... Seminggu tuh jugak laa siang dan malam perut aku beralas dengan kebab dan air pepsi. Nasib baik aku berdoa " Ya Allah, jadikan lah air pepsi ini sebagai ubat aku. Ya Allah, aku memohon padaMu supaya aku tarik balik kata kataku sesampai diMekah kembali". Alhamdulillah.......


Pengalaman ketujuh


Kami mesti bermalam dipadang mudzalifah sebelum bertolak ke Mina. Kenapa kami perlu bermalam dipadang mudzalifah? Wajib rukun haji perlulah bermalam untuk kutip batu kerikir. Selepas itu barulah kami bertolak keMina untuk menyelesaikan rukun haji yang last iaitu melontar 3 jamrah. Dalam suasana Mudzalifah, lelaki wajib pakai kain ihram. Sume dah tahukan kalau pakai kain ihram macam mana? tak boleh pakai underwear dan tak boleh pakai sweather. Cuaca sejuk, angin kuat. Aku boleh ramalkan suhu sejuk masa itu mungkin mencecah 5 darjah celcius. Anda bayangkan macam mana aku dapat bertahan.... Alhamdulillah.

p/s : Entry ini diupdate secara spontan.nak je aku taip mengunakan loghat terengganu.tapi takut hangpa semua tak faham pulak.

Monday, February 6, 2012

ENTRY PUISI UNTUK KAWAN


Kipas dihidupkan. Lalu suasana sejuk menyelubungi diri. jangkrik bersiul merdu. Desiran angin menemani dikala pilu.

SIXTYSIXSICKCHIK - TEMAN

video

Kau papah aku melewati warna warni kehidupan
Mematangkan aku disamping mu
Kau membuat aku ketawa dikala aku tewas dijalanan
Aku terus bangun dan bangun mencari kejayaan disampingmu

ENTRY PALING RINGKAS

Terasa sunyi bila bersendirian. Masih mencari jalan yang lurus. Akan tetapi jalan yang disinari cahaya kegemelapan pula aku lalui. Dengan-Nya disisi akan kuterusi perjuangan ini.

video

Sunday, February 5, 2012

TERSEMBUNYI DISEBALIK BAYANGAN DIRI

Malam yang kelabu bersama alunan biola. Gemersiknya sungguh menikam jiwa. Lalu ku bawa bersama menyelami perasaan. Kiniku tidak lagi kesepian.

Selamat pagi malaysia. Semoga anda sihat kehendaknya dan berbahagia bersama orang tersayang. Sebulan aku menyembunyikan bayang diri aku. Kini aku kembali dengan harapan dapat bermadah kembali di Nightwalker. Syukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk aku kukuh diduniawi.