THANK YOU FOLLOWERS !

Monday, July 25, 2011

Career di UniKL

Assalamualaikum. Perghh. lama aku tidurkan blog aku tanpa belas kasihan. Maklum sajalah aku sudah mula menjadi budak nerd. zzz


Perjalanan yang memakan masa selama 16 jam dari Terengganu ke Kajang dan berakhir ke kulim. Kini aku berada di University Kuala Lumpur Spanish Institute untuk menambah ilmu didalam bidang Diploma In Engineering Production selama tiga tahun. Alhamdulillah, aku mula menjumpai suasana belajar hidup berdikari apabila berada ditempat jauh dari keluarga. Sekali lagi aku bersyukur kerana berjaya merapatkan silaturahim aku bersama kawan - kawan yang tidak aku kenal sebelum ini baru 2 minggu aku berada disini.





Hari ini aku dapat jugak timetable aku untuk semester 1. Bosan aku meng'klik refresh Ecitie.

Kenapa aku terlalu mengharapkan UniKL? 

Satu anjakan jauh kerana aku mengharapkan dapat menyambung diploma didalam career aku sebagai aircondtioner ke UniKL MFI tetapi aku lost dari application diMFI dan lalu aku dapat belajar course baru dan future baru. Kenapa future baru? Career aku sebelum ini mengambil masa selama 1 tahun 3 bulan untuk dapatkan sijil juruteknik airconditioner berakhir dengan kegagalan untuk menyambung diploma didalam course aircondition.

Ada beberapa sebab aku akan nyatakan. Pertama : sistem pembelajaran 40% teori dan 60% praktikal. Kedua : aku terlalu minat tentang kemahiran. Apa jenis course sekalipun mengenai kemahiran aku minat. Ketiga : UniKL adalah satu universiti yang under MARA. Keempat : Yuran lebih jauh murah di antara kolej - kolej swasta. okey cun !

Kalau anda mahu tahu lebih lanjut tentang  boleh try apply UniKL dan cari course yang sesuai dengan anda. UniKL bukan saja berada di Kuala Lumpur malahan ada 13 cawangan. Kalau nak tahu try asking Mr/Mrs google !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Tuesday, July 12, 2011

Next event 16 july dan 29 july...

Fuhh...


Lama gila aku tidurkan blog aku. Aku pun tak tahu nak update pasal apa. Nak je aku update pasal BERSIH tapi nak ke orang baca.


Entry kali ini aku nak update pasal event yang akan diadakan tak lama lagi. salah satu eventnya adalah konsert untuk remaja yang minat terhadap muzik. YOUTH CONCERT yang akan dilangsungkan pada 16 julai bertempatkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, K.Terengganu. Enam buah band akan berkunjung di K.Terengganu iaitu Maddame, An Honest Mistake, Melodisaster, Dichi Michi, Grey Sky Morning dan Modread. Sesiapa yang mahukan tiket boleh hubungi crew yang bertugas didalam flyer diatas. Pertama kali aku tidak dapat hadir untuk meriahkan konsert ini. Aku nak minta maaf kepada organize kerana tarikh 16 julai aku telahpun berada diKulim.


Event kedua pada bulan yang sama iaitu BBQ bersama Terengganu Underground Scene sempena menyambut bulan Ramadhan. Event yang sering kali dibuat pada setiap tahun sebelum puasa. Dijemput semua hadir untuk meriahkan lagi majlis ini. Kedua kalinya aku berminta maaf kerana aku tidak dapat hadirkan diri.

Dua event pada bulan julai terpaksa undurkan diri. 

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Saturday, July 2, 2011

Malam :|


Termenung di malam yang begitu indah. Bintang dan bulan tetap anggun penuh bercahaya membuat diriku bersyukur kehadrat Ilahi. Embun pagi mulai membasahi pokok - pokok ciptaannya. Jernihnya akan dapat mengambarkan wajah seseorang yang sedang dirindui. Malam membuatku mencapai angan - angan yang boleh dianggap kosong tetapi ianya satu realiti yang inginkan kebebasan dan mahupun kejayaan. Kembara jiwa diri siap sedia mengemilangkan suasana yang sunyi sepi melalui lorong - lorong jiwa yang penuh keresahan. Serangga jengkrik mengamitkan suasana dan memecahkan kesunyian diri seseorang yang memendamkan kesedihan. Azam baru, Semangat dan keyakinan mulai menyentuh akal fikiran justeru telah melalui hati untuk mengubah cara kehidupan aku dimasa hadapan.

Selamat Malam 

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.


Friday, July 1, 2011

Dibelenggu Persoalan


Selamat pagi dan selamat datang 1 July 2011. Dah tak lama lagi 17 July akan tiba juga. Aku berada di atas permukaan bumi yang berputar mengikut peredaran masa yang begitu pantas sehingga ianya membuat aku termenung jauh. 


Dub dab dub dap....

Masalah semakin bermain difikiran. Buntu untuk mengatasi. Susah orang nak faham keadaan family aku sekarang ini. Aku anak tunggal dan ditanggung oleh seorang wanita iaitu mak aku yang sudah bersara. Tambahan pula atuk aku telah pun jatuh sakit. Siapa lagi kalau bukan aku yang mejaga atuk aku. Aku perlu bersyukur dengan yang Maha Esa kerana aku masih sihat. Adakah aku dalam keadaan terpaksa untuk menangguh diploma aku disebuah kolej itu nanti?.Adakah aku dalam keadaan terpaksa untuk menarik diri? Demi keluarga apa sahaja aku aku berani tempuh.


Ohhh Tidakkk...

Persoalan yang akan dijawab tak lama lagi.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.