THANK YOU FOLLOWERS !

Saturday, September 24, 2011

Wayang Dan Tragedi 23 sept 2011

Assalamualaikum.

Penat pulak rasa badan nie. Tapi niat dari semalam lagi nak masuk entry baru so terpaksa laah korban sedikit masa bersama blog aku nie.

Petang tadi aku keluar bersama kawan - kawan dan pasang laah nawaitu nak pergi tengok wayang cerita Bini Biniku Gangster. Fuhh... seronok cerita tu. Watak dari pelakon Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Ladyana memang bersesuaian dengan situasi cerita tu. Dah macam movie Kongsi pun ada. Mungkin sambungan movie Kongsi laa kot. Nak tahu selanjutnya click Sini.

Hari nie pula satu pengalaman tercipta buat aku dan kawan - kawan aku iaitu Edy, Fak' dan Jijoy. Si jijoy nie mungkin terlampau taksub menonton sebuah movie iaitu "Cintaku 120 km/j". Movie tuh memamparkan sebuah cerita dimana zizan rajalawak ingin menjadi drifter terhebat didunia. Banyak aksi - aksi drift di paparkan dan diselitkan juga gaya mahupun lawak.


Okey, aku pendekkan cerita. Dalam perjalanan ke tempat wayang kami cabar laa siJijoy membuat drift disebuah selekoh. Pergghhh...Terpusing kereta beb. Nasib laa tak terbalik kereta tuh. Aku dan Fak' duk kat belakang punyalah kaku. Tak tahu nak cakap apa dah. Aku kuar kereta gelak sorang. Tapi malu kot orang ramai tengok. Kereta yang lalu tempat kejadian pun banyak yang berhenti. Tapi dengan sifat kekerasan jiwa dan raga kami bla dari tempat tuh. Cari port untuk check kereta si Jijoy nie. Nasib laa kan sebab tak banyak rosak kereta kami.

Edy

Fak'

Hero : Jijoy


Itu lah cerita kami yang mungkin menjadi sejarah buat aku dan kawan - kawan yang bersama ditempat kejadian.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah. 


Monday, September 19, 2011

Cough Cough Cough (Batuk)

Assalamualaikum. 

Sudah dua minggu diri menderita kesakitan. Minggu pertama pergi laa jugak ke klinik ape nama pun aku tak tahu laah. Doktor cina disekitar bandar kulim. Rm 45 terbang macam tuh je. Aku pun tak tahu doktor tuh bagi ubat apa kat aku. Semakin teruk ada lah jadinya.


Sebab tidak tahan menderita aku cari tiket balik ke kampung. Sampai je di kampung terus pergi klinik yang selalu aku pergi dimasa aku kecil dahulu sampailah sekarang. Klinik Ihsan, berhampiran Masjid Sultanah Nur Zahirah. Mungkin aku terlalu selesa dengan doktor - doktor di Klinik Ihsan nieh. Dengan tuh, Aku berjumpa dengan seorang doktor diklinik itu dan aku didapati ada penyakit Asma(lelah). Aku pun tak pernah pulak ada penyakit asma sebelum nieh. adoii~~


Doktor mengarahkan aku supaya banyakkan minum air. Beliau jugak mengarahkan banyak menggunakan petua - petua orang lama. Contohnya cuba memakan madu lebih satu sudu sebelum tidur dan selawat sebelum makan. Amalkan meminum air asam jawa dalam keadaan suam dan banyak lagi. Search Disini

Sekarang aku pun tak tahu nak handle macam mana assignment aku yang perlu dihantar minggu nieh. Otak pun tak larat nak berfikir. Mungkin kesan tindak balas ubat yang dibagi. Kelas pulak aku banyak skip sebab aku segan berhadapan dengan kawan - kawan dan lecturer. Batuk berkohak bukan senang nak di simpan di tekak. Jika kita cuba berlawan dengannya teruk padahnya nanti.

" Sakit penghapus dosa - dosa kecil" mungkin aku terlalu banyak buat dosa - dosa kecil sampai aku batuk nak terkeluar anak tekak.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.