THANK YOU FOLLOWERS !

Saturday, October 22, 2011

" Wa Cayunk Baby ! " hahahahaha


Selamat datang wahai sikekasih hatiku...


Tak sabar wei nak pakai 29 Okt 2011 nanti.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Friday, October 14, 2011

Mata tak larat pejam dan otak semakin active !

Assalamualaikum. Selamat pagi kepada penghuni - penghuni bumi ! Sory laah aku update tengah - tengah malam. Selesa kot kalau update time macam nie. Sejuk je... Facebook pun semakin bosan tatkala selalu online. Yelah friends aku pun dah naik meluat selalu tengok muka aku je online 24 jam. Jangan musykil sangat laah yee sebab online laah penyeri hidup aku. ceyywah haha. Kawan - kawan aku pulak duk asyik kata kat aku " baik tak yah study kau online je facebook kau 24 jam lagi syok" pedih kot ayat tuh. Dah nak buat macam mana lagi kan dan jadi tabiat aku mungkin juga dah jadi hobi selain bersukan. Haaa sebut je pasal online sory laa matwa cakap yang matwa bukan laah selalu tapi kadang - kadang dan bukan pula jarang - jarang stalker profile seorang awek nieh. Haha... Rindu kot. Kalau bosan macam tuh laa jadinya. Apa je matwa sanggup buat demi jiwa dan raga yang semakin resah diburu gelisah. Fuhhh...
Aku sebenarnya duk tunggu camera aku siap. Dah seminggu berada diklinik mana ntah. Adoii... Aku memerlukan camera untuk update blog aku nie. Tapi tak mungkin tuh sahaja alasan sebenarnya. Mungkin dah berminat dengan snap - snap gambar nie. Syok kot snap - snap gambar environment nie. Kalau ada rezeki lebih nanti aku nak up sikit lagi mungkin kasi angkat cannon atau DSLR. InsyaAllah...hehe.. Okey - okey.. Camera tuh rosak ada sebabnya tau. Haha... Mane tak rosak kot camera aku tuh selalu selam dalam air. Haha. Rm 300 kot nak baikpulih menda alah tuh. Tapi nak tak nak kene laa baiki jugak sebab nanti aku nak pakai time aku konvokesyen nanti. Haha.

Okey - okey.. Sekarang aku nak cerita keadaan aku sekarang. Aku ada masa selama satu bulan lebih je lagi untuk bertemu dengan peperangan minda yang beku dalam kepala otak. Dah comfirm pointer aku sem 1 lemah. Class pun banyak skip sebab hari tuh aku batuk teruk sampai nak makan pun tak boleh. Ikhtiar je laah apa nak jadi jadi laah. Tapi yang aku janji aku akan bagi tekanan kaw kaw punya kat otak aku nieh. Sem depan penentu hidup aku di Unikl MSI kekal atau tak. Kalau tak kekal mungkin aku sahut cabaran sebagai maintanance di Genting Highland. Yang pasti aku janji kat diri sendiri aku nak study baik punya. Haha.

aku pun tak ape yang aku merepek nieh...hahahaha..



Assalamualaikum. Salam Ukhuwah..

Sunday, October 9, 2011

Rela serabutkan otak demi kawan - kawan

Selamat pagi kepada warga Malaysia...


Satu jam kot aku duk tengok lappy aku macam orang bodoh. Pending gila kot otak aku malam nie. hahaha... Okey ! aku start sekarang. Entry simple cuma aku perlu perah otak juga laah...

Kehidupan jauh merentasi gunung ganang memang memeningkan kepala otak. Dugaan bercampur aduk sungguh penat nak diselesaikan. Assignment pulak fuhh boleh buat tersimpul saraf tunjang otak. Fikirkan hati kawan - kawan pun satu. Nak kene dodoikan elok - elok seperti memberi kasih sayang terhadap bayi. Nama pun bayi memang kene layan macam orang tak matang kot. Tapi tak apa, Hati kawan - kawan tetap aku jaga rapi. Aku simpan baik - baik dendam aku. Aku jaga mulut aku supaya dilihat sopan walaupun ianya hipokrit.
Kisah silam dan kisah baru tetap ia terbenam jauh kedalam jasad tubuh aku. Biarkan sifat - sifat hakiki itu dirahsiakan dipohon - pohon rindu dan sayang. Fuhhh... memang aku pernah timbul rasa sayang terhadap si bunga nie tetapi boleh dikatakan cuma mainan perasaan laa kot. Gila bayang menguasai akal dan mata pula melepaskan tanggungjawabnya untuk lebih rela melihat orang lain bahagia. Mungkin ada cara lain aku untuk mengatasi. Tidak pernah sama sekali aku menyimpan hasrat jauh terpesong terhadap gadis yang pernah aku simpan kasih sayang terhadapnya. Ye... Memang ianya sukar nak diluputkan dari sel - sel otak. Tetapi sampai bila perasaan aku perlu ada "pantang melihat perempuan yang aku suka" lalu kejar penuh berharap ianya memberi harapan kepada jiwa aku yang sunyi sepi. 

"AWAK, saya tak pernah sama sekali berkata kita putus kawan. Kita kawan macam biasa tau."

"AWAK, saya minta maaf jika saya buat awak hilang focus dalam kelas sebab kawan - kawan gelakkan awak tau".

Susah mana sekali pun ! kawan - kawan jangan lupa. Kawan - kawan penting beb ! kawan - kawan laah dapat memberi sinar inspirasi kepada kita. Tetapi kena pandai memilih kawan. Jangan tersilap langkah kelembah sibujang senang.




Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Thursday, October 6, 2011

Seruan Ilahi...

Fuhhh....Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1malaysia. 1Malaysia? hmmm okey lah. Entry kali nie bukan berkisarkan politik.

Entry paling simple aku kali nie berkisarkan tentang tanda mengucap tahniah dari aku. kepada yang bakal jemaah haji malaysia pada tahun ini mahupun sudah terbang ke tanah suci Mekah Al Mukarramah. 29 sept 2011  tabung haji telah mula menerbangkan jemaah - jemaah haji kita ke lapangan terbang Jeddah. Alhamdulillah, aku doakan penerbangan seterusnya selamat kehendakNya.

Selamat menunaikan ibadat haji dan semoga haji anda mabrur. Insyaallah...

"Di kala langit Mekah dan Arafah menangis
manusia pula sedang ketawa

Kemuncak Arafah adalah mempersembahkan
airmata keinsafan dan rayuan hati suci seorang hamba

Allah tidak memerlukan kita
namun kita mendambakan kasih sayangNya

Airmata Arafah akan menjadi bekalan
untuk mendinginkan tekanan mahsyar
dan meredakan kehangatan neraka Tuhan

Haji mabrur akan lahir dari jiwa bersih
hadiah mutlak Allah buat hambaNya yang ikhlas.”
sumber : Hamba Allah



Wukuf dipadang Arafah pada : 9 Zulhijjah persamaan 5 nov 2011

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku".(Riwayat Ahmad)


Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.