Biarlah aku luah segala
Pahit getir yang kupendamkan
Semoga terkikis sayang
Sengsaraku keranamu
Dahulu pernah engkau berjanji
Kan setia ke akhir hayat
Kita merancang bina mahligai
Atas dasar cinta suci
Dari hari ke hari
Semakin sayang padamu
Apa saja yang kau mahu aku turutkan
Kau pinta kujujur selalu
Dan setia bersamamu
Walaupun ada kala hatiku kau guris
Sedangkan aku menunggu hari yang paling bahagia
Kau pula merubahkan fikiran
Mudahnya kau memutuskan hubungan
Sedangkan kau belum tunaikan impian kita
Hari ini kau gembira
Mungkin esok kau berduka
Kuberserah pada Tuhan
Menentukannnya
Dahulu pernah engkau berjanji
Kan setia hingga ke akhir hayat
Kita merancang bina mahligai
Atas dasar cinta suci
No comments:
Post a Comment