THANK YOU FOLLOWERS !

Thursday, March 31, 2011

Mengukit Kembali Kisah Silam ...


Datang musim hujan macam nie pelbagai kenangan bersama Ex Gf aku timbul dalam kepala otak aku nieh. Tapi aku sebenarnya malas nak timbulkan kembali kisah kita dulu. Rindu pulak kat ko wahai pompuan. Dah nak buat macam mana lagi kan. Ko pun langsung tak contact aku lagi lah aku kan? Ko ego aku pun tetap dengan ego aku. Nak tengok gambar ko pun aku dah bakar semuanya. Nak tengok gambar ko kat FB pun ko sanggup block aku kan?okey. Tak kisah kot. 


Asam garam bercinta. Biasa lah. Bermula dengan ayat yang manis dan berakhir dengan air asam limau. Masa bercinta semuanya indah bagaikan berada ditaman burung. Kawan - kawan ! Remaja seperti aku memang tak lari dengan kemahuan iaitu hidup berpasangan. Seorang lelaki yang serious ingin memulakan hidup berpasangan adalah merasakan dirinya seperti tidak lengkap. Perempuan pula yang serious inginkan hidup berpasangan aku tak tahu laa kan. 

Hidup aku tetap sempurna walau tak ada GF. Ceyywahh. Entry diatas adalah spontan. Jika ada kesilapan boleh betulkan di ruang comment !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Wednesday, March 30, 2011

Mengeluh Apabila Hujan ??

Kenapa kita perlu mengeluh apabila hujan?

Hujan lagi laa. macam mana kita nak dating erk ?
Adoii. Bila baju aku nak kering apabila cuaca selalu hujan.
(Loghat Terengganu)jengg !hujan pulopp !dok jadi keje wat lagu nie
(Loghat Terengganu) dh tu nok berambak motor gane malam nie. hujan lebak eay !

Ada rakan difacebook aku sanggup mengeluh dengan unsul kemakian terhadap hujan. Mungkin beliau terlepas cakap. Apa kata kita tegur kesilapan beliau dengan adab dan sopan. Kawan ! apa kata korang gantikan persoalan diatas nieh dengan sifat bersyukur. Lagi bagus iaitu mengerjakan Sujud Syukur. Tambahan pula mulut anda disucikan dengan Doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" maksudnya :Ya Allah, Ya Tuhan Kami ! Jadikan Hujan Ini Bermanfaat Buat Kami. WaAllahualam.



Hakikatnya, hujan itu rahmat. Hujan pula dapat mengajar kita erti bersabar. Hujan juga dapat membersihkan udara debu ataupun kotor disekeliling kita. Kawan - kawan ! sedar laa ! hujan biasanya datang ada kebaikkan , akan tetapi sekiranya hujan menyebabkan banjir itu adalah upah kepada perbuatan kaum yang zalim.


Ekelleh budak nieh " macam laa bagus sangat " ... Aku tak perfect seperti anda tetapi aku sedar
akan kenikmatan kurniaan Allah S.W.T.


Assalamualaikum. Salam Ukhuwah. WaAllahualam .


Tuesday, March 29, 2011

Pertandingan Artikel Terbaik Pilihan Junko

Wahh. Gedix je aku nak join contest JUNKO nieh. Tapi best kot ada contest cam nie. Alang - alang boleh jugak promote blog masing - masing.


Isnin / 28 march 2011. Hujan tak henti - henti dari pagi. Terbaik untuk tanah Negeri Terengganu. So dah hujan comfirm tak keluar rumah. Remaja macam aku nieh dah comfirm tidur je kerja. Tapi aku tak la wei. Bernasib baik ada FACEBOOK

Dalam kebosanan aku dapat laa idea bodoh dan mungkin berjiwakan kanak - kanak kembali. Zaman aku berumur 3 - 7 tahun aku start main nieh bersama - sama Afif Elnino dan mandi hujan sama - sama. Indahnya zaman ketika itu. okey ! sekarang aku akan tunjukkan jiwa kanak - kanak aku. Meh aku ajarkan korang buat bot ataupun perahu. Arggg !sama laa tuu !dengan  menggunakan kertas A4. Hahahaha










Payappaaaa ! ! siap !



Tengok ! senang je kan. Tak perlu gam , gunting dan alatan tajam. ceeyywahh. So! selamat mencuba yee kawan - kawan. Tapi kapal dan siap bila lagi nak berlayar kan. Jom mandi hujan sama - sama. Hahahaha



Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Saturday, March 26, 2011

Kala Hujan Petang


Akhirnya result application aku telah pun keluar. Tapi malang, sia - sia je kot aku tunggu sampai tak tidur malam. Tapi tak apa, ada banyak lagi peluang aku dikolej lain. Ceyywahh, bersemangat kental aku nieh.Sekarang aku cuma perlu fikirkan tentang busines dan syarikat aku sendiri. Tetapi terdayakah aku menghandle sebuah syarikat ??? hahaha !


Kekadang pula aku berfikir tentang sijil SKM aku dulu. Macam dah tak ada harapan je nak sambung diploma dalam course yang sama. Tak apa lah kan, rezeki ada dimana mana.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Thursday, March 24, 2011

Rezeki dan Decided !

Alhamdulillah. akhirnya aku dapat lagi enterview disebuah syarikat Airconditon. Dalam masa yang sama jugaaku dapat offer untuk handle sebuah syarikat WAFA RESOURCES. Terima kasih kepada-MU yang Allah kerana memurahkan rezeki kepada hamba-Mu ini.

PAPA : Wa, mu taknak buat kerja sendiri ke??
aku : Nak jugak. Tapi modal takde.
PAPA : Takpa. itu tak kisah.PAPA carikan modal dan pejabat PAPA yang lama ada lagi.
aku : Ye ke nie PAPA?
PAPA : Ye laa. tapi wa kena carikan kawan wa yang dapat keje dengan wa dan bantu wa.
aku : Okey PAPA ! terima kasih banyak banyak. nanti wa fikirkan.

Kena je ayat kat terus rasa gembira. senyum sorang pun ada sekali. Tapi mampukah aku bekerja dan menguruskan busines ini sampai syarikat itu berjaya??. Dua perkara aku perlu fikirkan sekarang. Pertama, aku telah pun apply disebuah kolej untuk Diploma Refregerant And Aircondition dan mungkin aku akan ke intake July.Keduanya, aku perlu buat decide yang terbaik untuk aku dan family aku iaitu berkerja ataupun study. Umei aku cakap seelok eloknya aku berkerja sebelum sambung study. Mungkin betul katanya.


Rezeki ada dimana mana. Yang penting usaha dan bertawakal.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

karakter PAPA didalam entry ini adalah ayah kepada cousin aku.



Tahniah kepada adik adikku yang berjaya


Sempana musim result SPM ! Tahniah kepada adik - adik yang berjaya dan lulus semua subjek. Kepada yang gagal tu, jangan anggap gagal seumur hidup. Umur masih peringkat remaja.

Aku sebenarnya tiada idea. sebab itulah aku merepek pagi pagi. Assalamualaikum. Salam Ukhuwah. 

Wednesday, March 16, 2011

Mendalami Sejarah Underground DiMalaysia ...

Dari konotasi perkataan/frasa 'underground' ini pasti terwujud pelbagai imejan di dalam minda. Malah jika diterjemah secara terus, ia menghasilkan maksud yang sangat mudah untuk difahami semua. Tetapi yang pastinya konotasi kata ini mungkin lebih bererti sekiranya diajukan kepada anak remaja moden kini. Secara tak langsung, terma underground ini dihubungkan terus dengan muzik. 'Lifestyle' anak muda yang punya jiwa protes terhadap arus konvensional muzik semasa. Daripada zaman pencetusan aliran underground hinggalah sekarang, banyak perubahan telah berlaku. Tidak salah juga jika mengatakan sejarah muzik underground di Malaysia ini mewujudkan impak yang signifikan kepada corak pemikiran, gaya hidup malahan identiti budaya anak muda moden Malaysia.




Dipercayai pergerakan underground ini mula bertapak di Malaysia sekitar penghujung tahun 80’an. Selaras dengan perkembangan sosio-budaya anak muda dunia ketika itu yang dahagakan kebebasan dan tidak begitu menyukai ideologi golongan konservatif yang menghimpit. Maka tidak terkecuali juga anak muda moden di Malaysia sendiri. Muzik bagai menjadi salah satu bentuk wadah ekspresi jiwa yang melegakan. Jika disingkap kembali kepada senario hiburan tempatan pada waktu itu adalah tersangat menyedihkan kerana penguasaan golongan karyawan yang tidak punya sensiviti kepada progresi evolusi corak hidup alternatif, golongan muda/remaja. Sebahagian besar karya muzik mainstream yang diciptakan itu perlu berlandaskan kepada nilai komersil dan ini begitu menyesakkan citarasa golongan muda yang ingin sekali mencari kelainan. Sebut sahaja dari segi citarasa muzik, filem mahu pun budaya hidup, jelas golongan anak muda moden mahukan sesuatu yang mungkin tiada nilai komersil langsung tetapi kuat ciri estetikanya. Bertitik tolak dari kemunduran dunia muzik tempatan, maka kelahiran aliran corak hidup alternatif melalui dunia muzik dilihat sebagai satu cetusan budaya pop yang menjana pengikutnya sendiri. Pada waktu itu rasanya kemeriahan dan keakraban sesama pengikut 'undergrounders' terasa utuh kerana bersemangat tinggi untuk mewujudkan dunia muzikal mereka sendiri. Tiada sebarang sempadan yang menghalang mereka dari menikmati alunan protes dan kekerasan dari pemuzik bermahzabkan underground kerana ia turut terkandung bersama cetusan hati dan jiwa pemberontakan remaja pada waktu itu.




Turut sama lahir seiring dengan cetusan ini adalah kepelbagaian corak genre muzik tempatan. Daripada golongan pendengar muzik Melayu yang terkenal sinonim dengan irama leleh maka pencetusan genre muzik dari aliran kumuh Rock n’ Roll seperti Heavy, Speed dan Death Metal bagaikan mantra anak muda. Boleh dikatakan eksistensi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Walaupun dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam atau pub-pub sekitar kota, namun kehadiran pengikutnya makin bertambah dan secara tak langsung gerakan ini boleh dikatakan mencapai status 'cult'. Kemasukan era 90’an, terasa benar-benar memberi impak yang besar. Jelas dari perubahan arah muzikal ketika itu turut sama mempengaruhi gaya hidup terkini dengan kelahiran generation-x yang membuahkan genre muzikal seperti 'alternative', 'grunge', 'indie', 'brit pop', 'punk', 'skin', 'hardcore' dan pelbagai lagi. Ia bagaikan virus yang pantas menular di kalangan remaja sekolah untuk turut sama mengikuti trend muzikal terbaru hasil import dunia hiburan antarabangsa. Kemeriahan begitu terasa, malah semakin banyak pula band-band gagasan anak muda Malaysia yang hebat wujud pada waktu itu seperti O.A.G, Spiral Kinetic Circus, Carburetor Dung, Butterfingers, Namesis, The Pilgrims, A.C.A.B dan banyak lagi. Sekitar pertengahan 90'an, industri muzik underground tempatan bagaikan mencapai kemuncaknya kerana semakin banyak penganjuran gig-gig dilakukan di luar daripada ibu kota. Pulau Pinang , Perak dan Johor Bharu turut sama mempunyai pengikut undergrounders tersendiri dan hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja gig-gig yang dianjurkan oleh kumpulan underground tempatan.





Apa yang membanggakan adalah kunjungan secara rasmi kumpulan–kumpulan muzik antarabangsa seperti Third Eye Blind dan Fugazi ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan bermain muzik di Fire Discotheque. Penganjurannya dilakukan secara serba serderhana tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak undergrounders Malaysia. Tidak ketinggalan, pergerakan muzik underground Malaysia ini pernah mendapat liputan yang khusus daripada majalah US berpengaruh seperti Rolling Stone. Pada edisi 528, November 1996, wartawan David Wright-Neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground. Boleh juga disemak pada halaman 39, beliau menamakan tajuk artikelnya sebagai "The Rebels of KL: Malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge." Jadi disini saya mengambil satu petikan komentar beliau berkenaan tajuk di atas.



"If there is any truth to the maxim that the more oppressive the dominant culture the more creative the subcultures, then tonight's gathering of punks, skin heads, dreads, and doyen of grunge speaks volumes about modern Malaysia. There are Malays, Chinese, Indians and a smattering of Eurasians, all gathered in an almost celebratory atmosphere which certainly speaks well of Malaysia's ability to manage its once explosive ethnic mix." Malangnya pandangan positif diatas tidak selalunya dikongsi bersama wartawan akhbar perdana Malaysia. Pernah tercetus satu kontroversi yang mengemparkan negara akibat daripada kewujudan budaya underground suatu waktu dahulu. Ia dijadikan satu isu sensasi negara kerana akhbar tersebut menampilkan foto seorang pemuda skin yang sedang asyik berpogo di salah satu gig di ibu kota. Isu laporannya benar-benar memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan secara tak langsung remaja Malaysia dituduh menghadapi krisis moral yang parah. Maka semenjak dari insiden itu juga semakin banyak gig-gig muzik underground diserbu polis atas arahan pihak atasan kerana khuatir dengan tahap keruntuhan moral anak muda. Pelbagai penyakit sosial turut dibangkitkan seraya dengan penglibatan ramai remaja yang gemar mengunjungi gig-gig ini.




Semenjak dari insiden itu, maka pergerakan golongan underground menjadi sedikit mundur. Penganjuran gig juga semakin berkurangan walaupun kadang kala setiap bulan pasti ada juga penganjurannya. Maka dari sini terkesan kemunduran dari segi pengelolaannya dan bertambah parah banyak pula band-band yang menemukan titik noktah berkarya mereka di persada underground. Tambah memeritkan adalah apabila insiden Black Metal yang disensasikan oleh pihak akhbar 2 tahun yang lalu ... Akibatnya senario muzik underground menghadapi kelesuan. Walaupun begitu, untuk mengatakan scene underground telah berkubur adalah satu pernyataan yang mengundang kecelakaan kerana ia masih bernyawa dan akan terus wujud selagi ada golongan generasi muda. Jika diperhatikan sekarang (setelah hilangnya badi insiden Black Metal), senario underground kembali mengelegak. Tetapi intensiti dan penyatuan kelompoknya tidak seperti pada zaman permulaannya. Kini lebih banyak gig yang dilakukan atas dasar berpuak-puak mengikut genre muzikal yang tersendiri. Tiada lagi ‘unity’ yang sering dilaung-laungkan dahulu. Kalau diukur pula dari segi prestasi dan penguasaan muzikal memanglah amat membanggakan. Begitu ramai pemuzik muda generasi pelapis memiliki penguasaan dan kefahaman yang baik di dalam soal teknikaliti mereka untuk bermuzik.



Dan isu terakhir yang menjadi kudis adalah soal pengurusan sesebuah show,gig atau konsert yang melibatkan nama-nama kumpulan underground. Sikap para penganjur kadang kala amatlah menyedihkan kerana yang dikejar adalah potensi komersil semata. Mereka bijak memanipulasi keadaan atau etika undergrounders bagi memenuhi keuntungan yang membuah kepada poket di samping tidak memandang serius kepada 'equipments' instrument muzik dan juga 'welfare' sesebuah band. Ada kalanya bayaran upah yang diberikan kepada band juga mengecewakan dan hanya cukup makan. Jika dilihat dari sudut kewangan memang bukanlah soal pokok, tetapi setiap dari anggota band-band perlulah diberi imbuhan yang seimbang dengan perkhidmatan mereka menghiburkan khalayak. Jika keadaan ini berterusan, munkin senario muzik underground tidak mungkin mengalami evolusi sikap dan perubahan yang boleh dibanggakan.



Dipetik dari : Tokeikedai.net.my


Assalamualaikum..Salam Ukhuwah...  

Monday, March 14, 2011

Taeyang !


Jangan pandang lelaki macam aku tak minat K-POP. First aku minat Taeyang dari member aku. Beliau dancing step serupa Taeyang beb. Cair aku tengok. Minat punya pasal aku servey semua lagu lagu Taeyang ini.

Naqiu

Translation :


I even don't know your name, girl
but I will get you somehow
just got let me know where you at
cuz your man's coming

It's as if you know me from the first glance
When I saw that familiar smile of yours
My footsteps stopped as well

baby,
Time flies by with a blink of an eye
But I remember that feeling at that moment
Anyhow it feels insecure
So can I try it again

When I turn around to see you again
You are only getting farther

Today I am going to find you again
and stay on this spot

I just wanna know
where u at
where u at
where u at


Please tell me right now
So my love can start
where u at, girl

I just wanna know
where u at
where u at
where u at

Someday when I am called
I will be already standing beside you

As if my loneliness is understood
Those expressions of yours is unforgettable
You understand my feelings

Perhaps you are having a hard time like I'm
If this cold world
Collides and tires you out
Please wait until I can meet you

No matter how much I run to find you
You are only getting farther

As usual today I am
Over the skies and shout towards your path

I just wanna know
where u at
where u at
where u at

Please tell me right now
So my love can start
where u at, girl

I just wanna know
where u at
where u at
where u at

Someday when I am called
I will be already standing beside you

Let's go

Let me break this time
Somewhere today
You, who will be listening to this song
I'll promise you right now that
You were meant for me, so I will be there for you

I just wanna know where u at
where u at
where u at
where u at

Tell me right now
So my love can start

I just wanna know
where u at
where u at
where u at

Someday when I am called
I will be already standing beside you
I will be standing here...


Assalamualaikum...Salam Ukhuwah...

Thursday, March 10, 2011

Khamis di 10 Mac 2011 !

Assalamualaikum. selamat pagi blogger semua. ceeyywahh. pelik je aku pagi nieh. 


Entry kali ini mungkin macam tak seronok laa nak di baca oleh blogger semua. mungkin membosankan kot. kot?semestinya.

NAMA : Ahmad Syazwan , Matwa , Wan Kabur , Pok Haji , Wawa pun ade sekarang ini. banyak kan name aku ??

TINGGI : aku lupa tinggi aku berapa..mungkin aku malas letak sini sebab nanti awek tak nak ngorat aku.

BERAT : 50 kg je. aku nieh malam tak makan nasi. Sebab ?sebabnya aku diet..ceeyywahh..ayat macam pompuan hot je..

BADMOOD : Jika terasa diri aku terlalu dipandang rendah dan sememangnya aku rendah.

HANDPHONE : aku pakai phone murah murah je. dah miskin buat apa hipokrit kan?

AWEK : Masih sedang mencari cari. sape sape yang ade lebih boleh bagi kat aku tak ??

KENDERAAN : Aku cuma guna Wave 125 yang tak laju macam RXZ .

PEROKOK : Dunhill , Marlboro dan wiston light...wahh..macho skit aku letak pasal rokok. cait !

BAND : Aku tak de band. cume berminat je. dengar lagu dan support kawan kawan .

ADIK ANGKAT : Lela namenya. beliau jantan tapi name cam pompuan.


HOBI : Main futsal , takraw , berjogging dan pasang lagu kuat kuat dalam bilik sampai jiran maki hamun.

ASTRO : Aku suka tonton diChannel 601 , 705 , 105 , 550 , 701 , 801. Kalau aku tak tidur malam maka dengan rasminya aku akan tunggu cerita NUMBERS diChannel 701.


BLOG : Kalau aku bosan sangat aku akan mula berblogwalking di Afif Elnino , Iman Mutiara / permata / intan / payung , Bro Rahim & Eika Saalan.

HANGOUT : Suke kuar lepak dengan kawan kawan sekolah dan lepak same same dengan budak underground ,  Amir Ashraf , Ikhwan , Syaf , Apik dan tak akan ketinggalan Team Futsal. 

IMPIAN : Mampu membuat umei aku tersenyum walaupun aku tak tercapai memegang segulung ijazah , ingin memiliki camera nikon / cannon yang canggih untuk snap macam macam , memiliki kenderaan mewah dan murah , memiliki kucing parsi warna putih , memiliki hp 3310 dan dapat handle kan satu event untuk kawan kawan aku bersatu .


masa untuk aku pejamkan mata. kalau tak ! mungkin anda akan dapat tahu semuanya tentang diri  aku.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.





Tuesday, March 8, 2011

MusicDumper.com terbaik ...Entry untuk SOG !


wei matwa..lagu ape yg ko letak kt blog ko nieh??haaa !aku sendiri tak tahu kenape aku letak lagu nieh..aku boring2 usha laa lagu kt musicdumper.com untuk aku copy ambed code dan letak kt blog gadget..so Hayati laa lagu nieh elok2...kt bawah nie aku dah sertakan lirik..sebelum tu..apakate korang slow kan dulu volume lappy korang...takut nanti terkejut pulak !hahahaha !


Dahulu kau bersama hasrat yang satu
hasrat yang elok megah diperlaku
Dan kini kau selesa menjatuhkan satu
Dan satu ini jugalah darahmu

Sedarlah!!!
Ingatlah!!
Satu jugalah engkau!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!
Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!

Dahulu kau bersama hasrat yang satu
hasrat yang elok megah diperlaku
Dan kini kau selesa menjatuhkan satu
Dan satu ini jugalah darahmu

Sedarlah!!!
Ingatlah!!
Satu jugalah engkau!!
Sedarlah!!!
Ingatlah!!
engkaulah MELAYU!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!
Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!

Melayu, bangunlah dari tidur

Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!
Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!



Sekumpulan Orang Gila (SOG) is an uprising Post-Hardcore/Metalcore band from Batu Caves, Malaysia. Consists of six talented commoner. They are Acap (vocal/scream), Adek (guitar/clean vocal), Nazrin (guitar/clean vocal/bamboo flute/cello), Ali (drums), Mel (bass) and Naz (keys/synth)

sory laa SOG yee...nak2 je aku promote band korang kt blog aku..hahahaa !
Assalamualaikum..Salam Ukhuwah...




Monday, March 7, 2011

Selesai !


Fuhhh !Alhamdulillah..selesai sudah keje2 aku dengan Group Jiran Muda...gile kental fizikal dan tahap kesabaran aku disepanjang aku buat keje2 tu...keje ape ouh??aku dilantik sebgai SU Jiran Muda kerana SU asalnya mengalami masalah kesihatan dan terpakse laah aku mengalas tugas2 membuat kertas kerja dan minit2 mesyuarat...aku doakan SU asal Jiran Muda tu cepat sembuh laa ye...perlu jugak aku berterima kasih kpde Eika saalan sbb sudi ajar aku gune microsoft excel 2007 yang gile owhh !sumpah pening beb melayan softwear nieh..eh lupe !kan nnti org 2 marah pulak..hahaha !terima kasih kepada cop(Bendahari) dan shafiq (Naib Pengerusi jiran muda) sbb sudi tunggu aku malam2 buat keje dan bagi tunjuk ajar !hahahahahaa !

Khairul Hafeedzy B. Mohd Kadir

Shafiq

Cop

Next event Jiran Muda akan dilaksanakan pada 31 mac nie...ape event ouh??haaa !melawat KRT2 di Melaka dan K.Lumpur...mungkin event tu berlangsung selama 3 hari dan selepas tu event terbesar bagi Jiran Muda adalah Karnival Jiran Muda...Didalam event tersebut aku selitkan dengan program2 kesenian dan kesukanan dan banyak lagi...Insyaallah..aku telah berusaha 100%...event nie sesuai sangat2 untuk anak2 muda...so jemput laa datang nanti ye..ahhahaa

Warga KRT TAMAN PERMINJAYA

aku sebenarnye xde idea nk wat entry..akibat bosan yang teramat sangat aku buat laa entry yang mengarut nieh..Insyaallah..malam nanti aku kasi entry yang terbaru...Assalamualaikum..Salam Ukhuwah...