THANK YOU FOLLOWERS !

Sunday, December 18, 2011

Disebalik hujan dan ribut


Fuhhh...

Pukul 4 a.m masih lagi aku kukuh bersama laptop. Cuba menyakinkan diri mengupdate entry diluar rumah. Perasaan takut semestinya ada dan aku luputkan untuk aku mencari ilham dan juga mencari kepuasan. Angin mendayu dayu disertai tempiasan hujan. fuhh.. sungguh tenag kawasan perumahan aku. 


Selamat pagi rakyat malaysia. Semoga pagi nie mood rakyat semua keadaan ceria dan sentiasa senyum kemana sahaja anda pergi.

Sedang aku melihat hujan aku ditemani rokok, air tea o panas, beberapa cucuk satay ayam dan alun alunan muzik aku dapat mencungkilkan makna makna tersirat disebalik kesan ribut dan hujan yang dapat memberi kita seribu tersirat dan tersurat yang berahsia.

Ribut

Jangan ingat ribut yang kuat boleh mematahkan ranting didahan pokok gugur kebumi walaupun ranting itu uzur dimakan anai anai

fikirlah sekumpulan semut membawa makanan ketika angin kuat dan mereka tidak berganjak


Hujan

Manusia tak perlu menangis kerana ditinggalkan kekasih tetapi manusia perlu menangis ketika memohon keampunan dari yang maha Esa

Jadilah air hujan kerana setiap kali ia jatuh kebumi memberi seribu kenikmatan seluruh manusia dibumi


Pepatah ada berkata " andai kamu ingin melihat pelangi basahilah badanmu dengan hujan terlebih dahulu "


Bukan cita cita aku menjadi seorang ahli falsafah. Semua diatas hanyalah rekaan.

Akhirnya siap entry untuk kali ini. 5:20 a.m / 18 Dec 2011

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

8 comments:

  1. apa yg penting., teh o panas dengan satay., hahahaha..

    ReplyDelete
  2. ' Manusia tak perlu menangis kerana ditinggalkan kekasih tetapi manusia perlu menangis ketika memohon keampunan dari yang maha Esa '


    setuju :D hehe , cuba kadang2 manusia lebih berfikir menggunakan hati berbanding akal.
    peaceeee :P

    ReplyDelete
  3. manusia lebih suka menangis sebab ditinggalkan kekasih,,bila minta keampunan,,xde feel sangat,,mostly kan

    ReplyDelete