THANK YOU FOLLOWERS !

Sunday, January 22, 2012

SELAMAT TINGGAL KLM / MSi

Fuhhh...


Pagi 22 Jan 2012 yang indah. Tapi tak begitu indah untuk dikecapi oleh aku. Hadirnya sedikit seperti mimpi. Ianya telah pun direncanakan oleh Tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menyerah segala galanya kepada-Nya.

Selamat pagi malaysia. Lelah masih berlegar legar dijasad tubuhku kerana baru saja balik dari bersukan. Alhamdulillah, Semoga tubuhku sihat seperti anda semua. Entry kali ini mungkin berkisar tentang pengalaman sedih aku yang berakhir dikulim baru baru ini. Terpaksa melangkah pulang melalui firasat hampa dengan senyuman.

Tinggal kenangan :





Hanya potret didinding sahaja dapat mengimbau kembali kenangan silam aku disana. Susah nak diluput kan begitu sahaja dari minda aku.

Monday, January 16, 2012

KT - KLM / 9 A.M

Fuhhh...


Malam yang suram. Hujan mula bercucuran membasahi bumi. Sunyi pula menyelubungi diri.

Assalamualaikum dan selamat pagi rakyat jelata. Izinkan hamba meluahkan apa yang tersirat. Mohon maaf jika tersalah.


Pukul 9 pagi nanti aku akan bertolak ke kulim. Menyelesaikan apa yang patut diselesaikan di MSi. Mungkin aku bermalam disana untuk kali terakhir bersama sama mereka. Sedih pula rasanya. Selama beberapa hari disana akan aku update entry baru seperti diari.

Antara aktiviti :

Pi hantar kucing hitam aku ke pos laju
buat clearance apa yang patut
Celebrate birthday aku bersama sama kawan aku disana

" Maafkan wa umei, wa terlalu rindukan sahabat sahabat wa disana...nanti wa balik... "

Sunday, January 15, 2012

LUAHAN HATI SIMALANG

Fuhhh...


Senja kian berlalu pergi. Malam melabuhkan tirainya dan menandakan berakhirnya hari ini. Demikian kisah hidup hari ini yang tak akan datang kembali mendampingi. Dikala meratapi air sungai yang nampak tenang dek cahaya bulan menyinari kamar. Degupan nadi lalu berdebar. Siperasaan lalu berkata dia mahu diluapkan kepada seseorang. Inspirasi menjadi temanku dimalam hari.

 Malam ini desiran angin yang berhembus dicelah dedaunan yang membuatkan aku resah dikala gelisah. Keringnya daun terus gugur dibumi yang nyata. Prospek hidup kini tiada makna bagi diriku. Hasrat dan kerjaya kini tiada kisah. Kerana Tuhan itu maha mengetahui. Agama menjadi sandaran aku untuk terus hidup diduniawi.


p/s : entry diupdate secara spontan...maaf jika ada tersalah fahaman...

Thursday, January 12, 2012

11 AZAM UNTUK TAHUN BARU !

Fuhhh...



Suasana yang tenang, sejuk dan nyaman menyingkar jiwa. Laksana embun pagi yang menyirami. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang maha Esa.

Assalamualaikum dan selamat pagi malaysia. Semoga anda dalam kesihatan yang baik dan berbahagia disamping orang yang tersayang.

Entry kali nie bukan berkisar tentang masalah aku lagi. Dalam entry kali nie aku nak cerita tentang azam aku start 12 a.m jap tadi. Umur aku semakin meningkat dan semoga lanjutan umur aku akan lebih cabaran untuk meneruskan hidup aku dari sebelum ini. Cabaran adalah untuk menguji seseorang itu malahan untuk masa depan seseorang itu juga. Bergantung kepada mereka yang tidak sukakan kepada cabaran. Azam baru untuk kehidupan baru. Semoga ianya terlaksana dengan sempurna. Tetapi azam tahun lepas pun tak tertunai lagi nieh. Adoii

Okey...

Azam pertama :

Aku nak solat cukup 5 waktu. Ye lah, Subuh mesti failed. adoii

Azam kedua :

Aku mungkin akan quit UniKL MSi dan terus memohon kerja sebagai maintanance aircondition disebuah syarikat. Mungkin cara itu lebih bermakna bagi aku untuk menampung kekesalan umei aku.



Azam ketiga :

Aku nak bela seekor kucing parsi. hahaha



Azam Keempat :

Nak belajar balik mengaji Al Quran dengan lebih fasih. InsyaAllah.

Azam Kelima : 

Ingin memohon seribu kemaafan kepada musuh musuh aku dan yang mengangap aku sebagai musuh mereka dalam diam.

Azam Keenam :

Aku nak install aircond unit 1hp dibilik aku. hahaha (merepek tak tentu hala). Tak payah dah duk on kipas dah. hahaha


Azam Ketujuh :

Aku nak jugak ada awek yang caring, penyayang binatang, suka bersukan, suka memasak, tak suka berskandal dengan ramai lelaki dan sebagainya lah. Okey tak? hmmm

Azam Kelapan :

Nak selalu disamping umei aku. Tak nak dia bersedih lagi untuk aku.

Azam Kesembilan :

Aku nak Kyohi fc (Futsal team) terus bersama sampai bila bila. Tiada persengketaan lagi diantara team mates  !



Azam Kesembilan :

Umur dah 21 tahun. Apa yang dijanjikan dengan arwah ayah aku tetap akan aku tunaikan.

" Wa, kawan laa seramai mana nak berkawan. Tak kira dia hijau ke biru ke wa mesti pilih hijau"

Okey, aku akan tetap akan pangkah hijau !

Azam Kesebelas :

Aku nak bertentang mata dengan capital N dan aku akan cakap :

"Wan masih sayangkan N" 

"Wan masih tak dapat lupakan N sampai sekarang"





Sunday, January 8, 2012

Realiti

Fuhhh....


Alhamdulillah, Sudah 8 hari kita berada ditahun 2012. Insyaallah, tahun baru ini lebih bermakna dari tahun lepas.

Assalamualaikum dan selamat pagi rakyat malaysia. Sungguh bersyukur kehadrat Ilahi kerana melimpah kurnianya segala cabaran dan dugaan yang terpaksa aku tempuhi. Alhamdulillah, aku tetap berdiri kukuh walaupun berhempas pulas mencari penyelesaian setiap dugaan aku hadapi. Dugaan dan cabaran semestinya semua manusia akan alami. Itu lah realiti kehidupan aku selama ini. 

Bersyukur kerana laman sesawang ini lah aku mendapat beri semangat dan juga menteteramkan jiwa yang hampir gelap gelita. Kerana kesabaran yang selama ini aku tempuhi memberi keberkatan untuk mengejar sang pelangi yang hampir hilang ditinggi langit. Insyaallah

Monday, January 2, 2012

SHOUTMIX BOX BOLEH DIGUNA PAKAI LAGI KE ?

Fuhhh...



Pagi nie aku update entry simple je. Yelah, dah tahun baru beb mesti laa ada anjakan paradigma. fuhh...

Okey2, Siapa ada shoutmix iaitu lebih dikenali sebagai tempat orang tinggalkan link mereka diblog anda? hahaha

sekarang shoutmix tidak boleh diguna pakaikan lagi sebab kalau nak pakai mesti kena bayar. So, bye2 kepada shoutmix dan hye kepada Cbox.

Cbox nie macam lah shoutmix juga.


haaa ! siapa belum tukar ke Cbox cepat2 laah dapatkan Html nya. Nanti senang orang nak terjah blog anda :)


Sunday, January 1, 2012

SEMOGA AKU TIDAK LAGI DIHAKIS OMBAK YANG BERGELORA PADA TAHUN INI

Fuhhh...


Alhamdulillah kehadrat yang maha Esa kerana aku masih lagi berdiri teguh dan masih lagi belum mencapai apa yang aku mahukan.

Assamualaikum w.b.t dan selamat menyambut tahun baru. 2011 telah pun pergi meninggalkan kita dan usia pula semangkin meningkat dek hanyut mengharungi liku liku kehidupan yang penuh pancaroba. Semua kawan kawan menanam azam baru pada awal pagi 0100 a.m dengan penuh bersemangat. aku pula masih bertanya tanya tentang azam aku pada tahun 2011 yang belum tertunai yang berserta keyakinan yang tinggi ketika itu. 

Arrrggggg...

Kelam difikirkan aku yang masih belum mendapat nur cahaya untuk membantu aku terus berfikiran cara penyudah. Segala kusut masai yang terpaksa aku lakukan seorang diri. uhhhh ....
Diskriminasi membuatkan aku hampir jatuh ke juram kehidupan yang aku terpaksa berseorangan. Mungkin ini balasan Tuhan yang maha Esa untuk menguji kekuatan sanubari aku yang tidak semestinya dihanyut ombak yang bergelora. 


HAPPY NEW YEAR !