Suasana yang tenang, sejuk dan nyaman menyingkar jiwa. Laksana embun pagi yang menyirami. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang maha Esa.
Assalamualaikum dan selamat pagi malaysia. Semoga anda dalam kesihatan yang baik dan berbahagia disamping orang yang tersayang.
Entry kali nie bukan berkisar tentang masalah aku lagi. Dalam entry kali nie aku nak cerita tentang azam aku start 12 a.m jap tadi. Umur aku semakin meningkat dan semoga lanjutan umur aku akan lebih cabaran untuk meneruskan hidup aku dari sebelum ini. Cabaran adalah untuk menguji seseorang itu malahan untuk masa depan seseorang itu juga. Bergantung kepada mereka yang tidak sukakan kepada cabaran. Azam baru untuk kehidupan baru. Semoga ianya terlaksana dengan sempurna. Tetapi azam tahun lepas pun tak tertunai lagi nieh. Adoii
Okey...
Azam pertama :
Aku nak solat cukup 5 waktu. Ye lah, Subuh mesti failed. adoii
Azam kedua :
Aku mungkin akan quit UniKL MSi dan terus memohon kerja sebagai maintanance aircondition disebuah syarikat. Mungkin cara itu lebih bermakna bagi aku untuk menampung kekesalan umei aku.
Azam ketiga :
Aku nak bela seekor kucing parsi. hahaha
Azam Keempat :
Nak belajar balik mengaji Al Quran dengan lebih fasih. InsyaAllah.
Azam Kelima :
Ingin memohon seribu kemaafan kepada musuh musuh aku dan yang mengangap aku sebagai musuh mereka dalam diam.
Azam Keenam :
Aku nak install aircond unit 1hp dibilik aku. hahaha (merepek tak tentu hala). Tak payah dah duk on kipas dah. hahaha
Azam Ketujuh :
Aku nak jugak ada awek yang caring, penyayang binatang, suka bersukan, suka memasak, tak suka berskandal dengan ramai lelaki dan sebagainya lah. Okey tak? hmmm
Azam Kelapan :
Nak selalu disamping umei aku. Tak nak dia bersedih lagi untuk aku.
Azam Kesembilan :
Aku nak Kyohi fc (Futsal team) terus bersama sampai bila bila. Tiada persengketaan lagi diantara team mates !
Azam Kesembilan :
Umur dah 21 tahun. Apa yang dijanjikan dengan arwah ayah aku tetap akan aku tunaikan.
" Wa, kawan laa seramai mana nak berkawan. Tak kira dia hijau ke biru ke wa mesti pilih hijau"
Okey, aku akan tetap akan pangkah hijau !
Azam Kesebelas :
Aku nak bertentang mata dengan capital N dan aku akan cakap :
"Wan masih sayangkan N"
"Wan masih tak dapat lupakan N sampai sekarang"
alala . dah bgus tu , anda disokong dari tepi . haha . gudluck . wanna hope . berjaya!
ReplyDeletesemoga azam wa tercapai. :)
ReplyDeletesmoge yg first tu dpt dlaksanakn dgn jayanye..^_^
ReplyDeleteyg tu plg pnting tu...