THANK YOU FOLLOWERS !

Saturday, September 24, 2011

Wayang Dan Tragedi 23 sept 2011

Assalamualaikum.

Penat pulak rasa badan nie. Tapi niat dari semalam lagi nak masuk entry baru so terpaksa laah korban sedikit masa bersama blog aku nie.

Petang tadi aku keluar bersama kawan - kawan dan pasang laah nawaitu nak pergi tengok wayang cerita Bini Biniku Gangster. Fuhh... seronok cerita tu. Watak dari pelakon Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Ladyana memang bersesuaian dengan situasi cerita tu. Dah macam movie Kongsi pun ada. Mungkin sambungan movie Kongsi laa kot. Nak tahu selanjutnya click Sini.

Hari nie pula satu pengalaman tercipta buat aku dan kawan - kawan aku iaitu Edy, Fak' dan Jijoy. Si jijoy nie mungkin terlampau taksub menonton sebuah movie iaitu "Cintaku 120 km/j". Movie tuh memamparkan sebuah cerita dimana zizan rajalawak ingin menjadi drifter terhebat didunia. Banyak aksi - aksi drift di paparkan dan diselitkan juga gaya mahupun lawak.


Okey, aku pendekkan cerita. Dalam perjalanan ke tempat wayang kami cabar laa siJijoy membuat drift disebuah selekoh. Pergghhh...Terpusing kereta beb. Nasib laa tak terbalik kereta tuh. Aku dan Fak' duk kat belakang punyalah kaku. Tak tahu nak cakap apa dah. Aku kuar kereta gelak sorang. Tapi malu kot orang ramai tengok. Kereta yang lalu tempat kejadian pun banyak yang berhenti. Tapi dengan sifat kekerasan jiwa dan raga kami bla dari tempat tuh. Cari port untuk check kereta si Jijoy nie. Nasib laa kan sebab tak banyak rosak kereta kami.

Edy

Fak'

Hero : Jijoy


Itu lah cerita kami yang mungkin menjadi sejarah buat aku dan kawan - kawan yang bersama ditempat kejadian.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah. 


2 comments:

  1. waalaikummussalam.. hah.. padan muka.. sapa soh cabar org..kan dah stiff dok kat belakang tu

    ReplyDelete