THANK YOU FOLLOWERS !

Sunday, May 8, 2011

Karnival Belia 2011 !


Semalam berlangsungnya satu peristiwa yang akan aku kenang sampai bila - bila. Terima kasih kepada Gerakan Belia 4B Terengganu kerana menganjurkan karnival belia tahun 2011.

Seharian aku berada di Kompleks Belia Dan Sukan Terengganu dan bersama - sama Protege Entertainment untuk menjayakan program ini. Fuhhh... Banyak band - band dari luar terengganu sanggup datang untuk menjayakan program tersebut. Tahniah beb !

Genx 92 - Satu melayu cover song dari SOG. Lagu ini bukan ditujukan kepada hal perkauman malahan iaitu satu tentang melayu yang kian jatuh ditimpa tangga. pergghh ayat aku !Apa yang menarik video ini adalah dimainkan ketika Dato Wan Ahmad Farid datang melawat suasana program ini berlangsung. Line Up band ini adalah Mbex Firdaus , Izzat Danial , Bilyritter dan Amy. Berasal dari K.Terengganu.

Dato' Wan Ahmad Farid merasmikan program karnival belia semalam. Terima kasih Dato' !

66Sickchik - Puisi Penyu (Tribute to JM Aziz). Aku rasa lagu ini sesuai untuk rakyat Terengganu. Lagu ini mengisarkan tentang kehidupan penyu yang semakin pupus akibat kegiatan manusia dan keindahan Terengganu. Band ini mencipta nama seawal aku berumur 11 tahun. Kemungkinanye laah yang pastinya band ini telah lama ditubuhkan oleh Uncle Aid , Keri , Alias dan Joe. Orang luar tiada masalah kot kalau nak try dengar lagu ini.



Last video dari Genx 92. Enjoy....

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah

No comments:

Post a Comment