THANK YOU FOLLOWERS !

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Lip lap lip lap dah nak habis Bulan Mulia nie. Esok menjelangnya hari raya aidilfitri dan suasana yang sangat meriah bagi umat islam seluruh dunia bergembira meraikannya. Tapi sebelum itu, Malam raya kita dah dapat menrasai suasana hari raya.BOOMM BOOMM BOOOMM( bunyi bunga api) dengan cahaya pelita menerangi kawasan rumah(kalau tak hujan laa...) dan lampu hiasan membelit dinding atau atap - atap rumah.

Hari raya tahun ini pula jatuh pada tarikh 31 ogos iaitu hari kemerdekaan. Okey..kita lupakan hari kemerdekaan seketika dan kita fikirkan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi. Sebut je hari raya, mak ayah mesti keluar duit banyak untuk anak - anaknya bershopping. Baju baru, kasut baru, seluar baru apa lagi ?? dan macam - macam lagi laa...Seronok kalau kita tengok dimana - mana uptown yang menjual pelbagai jenis pakaian untuk beraya. Tapi yang pelik ada ke baju spiderman untuk buat beraya? tak payah pelik dan memang ianya terjadi dikalangan budak - budak yang berumur 3 - 4 tahun kebawah. Tapi pelik sebab remaja pun ada juga yang pakai.

Mak ayah pula sibuk cari kedai perabut yang buat promosi. Perabut rumah mesti laa perlu baru kan? Sofa, meja makan, Almari kaca, Lampu hiasan dan banyak lagi laah. Dalam rumah mesti kelihatan bersih. Mak aku pula selalu bising sebab hari raya yang pertama aku selalu bawak naik kasut masuk dalam bilik sebab malas nak tanggalkan. Alaaa macam cerita sepanyol petang - petang tu. Kasut baru laa katakan...eeeeyyyuuuuueewww....

Tahun nie pula buat pertama kalinya aku hidup sebagai perantauan kerana mengisi ilmu nun jauh dari kampung halaman. Nasib baik ada tiket balik ke kampung dan beraya dikampung. Okey..aku try search kat google dan taip " perbezaan hari raya dikampung dan dibandar" search punya search dapat laa serba sedikit...tapi mungkin betul. Apa yang betul ?


Perbezaan beraya dikampung
  • Malam raya boleh main mercun banyak - banyak.
  • Raya pertama cium pipi mak ayah(kalau tak anak yatim laa).
  • Naik basikal atau sebarang jenis kenderaan keliling kampung ke rumah kawan - kawan ataupun saudara mara.
  • Yang paling penting dapat merasai makanan seperti ketupat,lemang,rendang yang fresh dan menyeronokkan.
Perbezaan beraya dibandar
  • Malam raya pusing - pusing bandar melayani perasaan sedih.
  • Raya pertama pergi solat Aidilfitri(kalau tak uzur syarie).
  • Balik rumah cari remote tv tonton cerita raya yang sedih.
  • Pasang lagu raya kuat - kuat sampai pecah cermin tingkap rumah sebelah.
  • Paling pilu adalah makan ketupat segera dan rendang beli dimana - mana kedai mamak.

Alright. Akhir kata mahupun semanis ucapan dan keikhlasan dari lubuk hati hamba Allah ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Mohon kemaafan dihari raya ini dari hujung rambut ke hujung kaki. Maaf terlanjur kata dan perbuatan dari hamba Allah ini selama kita bersahabat mahupun berkenalan.

Khas untuk :

KELUARGA KUALA IBAI / KELUARGA HAJI MOHD
SAHABAT DARI UNIKL MSI / PET 1A
KYOHI FC
ALUMNI SMKPN 08
SAHABAT DI FACEBOOK
BLOGGER
WARGA UNDERGROUNDERS TERENGGANU

"Biar r cukup 20 hari" jangan salah paham...aku sebenarnya nak katakan kita dah berpuasa 20 hari dimasa video ini dirakankan.

Sama - samalah mengeratkan lagi silaturahim antara kita.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

1 comment:

  1. baris ketiga.. merasai bukan menrasai.. selamat hari raya jugak :) mmg betul pun.. balik hari tu punye syok main bunga api.. bukan yg kecik2 tu.. tapi yang meletup kat atas yang besar punyer.. sumpah best.. lagi best bile semua mercun2 disponsor oleh bapak2 sedara CN.. yippi :)

    ReplyDelete