THANK YOU FOLLOWERS !

Tuesday, November 8, 2011

Diari November

November kali ini adalah bulan yang banyak menyimpan seribu kenangan manis aku lalui. Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana melimpahkan kurnian rezeki dan kebahagian kepada diri aku. 

3 Nov 2011 adalah hari yang paling aku tunggu - tunggu sehingga fikiran aku tergangu ketika berada didalam kelas. Alhamdulillah kerana aku berjaya menyiapkan assignment - assignment yang ditugaskan dan dihantar pada 1 nov 2011 semata - mata ingin ke majlis konvokesyen under JTM. Majlis yang paling aku tunggu - tunggu selama dua tahun selepas aku menamatkan pengajian sijil penyaman udara pada tahun 2009. Seronok jumpa kawan - kawan seangkatan dahulu. Ramai yang telah pun menuju kejayaan dan aku pula jauh dibelakang. Mungkin aku tiada rezeki macam kawan - kawan aku.Terima kasih kepada keluarga arwah ayah aku kerana sudi teman aku ke majlis tersebut. Walaupun tidak sihat mereka tetap sudi mengorbankan seribu khudrat bersama - sama aku. "Membazir masa bersama keluarga adalah lebih penting dari membazir masa dengan awek anda".

4 Nov 2011 bergerak pulang ke K. Terengganu bersama kawan - kawan. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. 10 Nov 2011 aku akan bertolak balik ke kolej untuk melapangkan masa bersama buku dan nota untuk dibekal dimedan peperangan psychology yang bermula 14 Nov 2011. Doakan aku berjaya menewaskan segala soalan - soalan yang akan memutar belitkan sel - sel otak kepala aku dengan selamat.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.



No comments:

Post a Comment