THANK YOU FOLLOWERS !

Sunday, November 13, 2011

Gaya hidup sehari sebelum final exam

Fuhhh...Akhirnya tenang sikit perasaan aku apabila dengar alunan zikirullah. Cuaca pagi ini macam seronok je. Burung gembala kerbau riuh berkicauan di luar bilik. Jika aku ada kat kampung mesti syok boleh jogging untuk mencari kecergasan otak. Hidup di tempat orang nak buat satu perkara kebaikan pun rasa segan. Heshh...

Assalamualaikum dan selamat pagi warga malaysia. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Pengalaman semalam perlu dilukiskan pada dunia hari ini. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi aku diberi kesihatan yang baik untuk aku berdiri kukuh bersama impian dan azam untuk mencipta rekod didalam situasi final exam yang terbaik dari sebelum ini. 

14 Nov 2011 tarikh yang sangat aku tunggu - tunggu dan first paper aku di semester pertama. Kawan - kawan aku kalut untuk buat last revision dan bertarung dengan keupayaan otak masing - masing. Ada yang study seorang diri dan ada pula study dengan kawan - kawan. Aku pula masih gentar dengan keadaan seram sejuk ketika ingin duduk dibangku dewan. Biasalah kalau aku tahap runsing terlampau habislah kuku jari tangan aku gigit. Okey, Keyakinan diri aku semakin tinggi. Jasad pula semakin berani untuk menempuh segala soalan yang dikemukan pada esok hari. Redha je laah apa yang akan berlaku. Kita hanya mampu merancang Tuhan menentukan segalanya.



Sekarang jiwa aku semakin riang dan lebih tenang(pandai je putar balik ayat). Malam tadi aku dah mula check perkakas, makanan, kemasan diri(termasuk lah pakaian sekali) dan kesihatan. Hajat mahu simpan janggut sampai panjang tapi macam tak sesuai pulak. Terpaksa laah aku shave bagi licin skit muka aku. Tapi licin ke muka aku? jerawat semakin membiak pula sekarang nie. adoii... Makanan pula macam ada je tak cukup syarat bila dikatakan duk hostel. Pakaian pula aku dah susun rapi untuk 5 hari dimana exam berlangsung. Cekap tak aku? Aku bukan macam jejaka yang rajin basuh baju. zzz..Tidur aku lak macam tak cukup je. Tapi tak remaja kot tidur cukup kan? tak metal laa kan?

Itulaah gaya hidup aku sebelum final exam. 4 Hari dimana aku akan perah sel otak aku demi untuk pertahankan maruah diri aku. fuhh dah macam nak berperang kot.

4 comments: