THANK YOU FOLLOWERS !

Sunday, June 26, 2011

Selamat datang ke dunia NIGHTWALKER !

Minta maaf kawan - kawan. Aku lama laa jugak tak ambil tahu pasal blog aku nieh. Tak silap aku mungkin sudah dua minggu aku biarkan blog aku nie. Mungkin korang hairan kenapa aku dah tukar Header aku dari " BERMULA DAN BERAKHIR" kepada " NIGHTWALKER". Binggung apabila aku tak dapat tukar URL. Siapa - siapa boleh ajarkan tak? hehehe !


Aku ambil Header Nightwalker ini sebenarnya dari sebuah band K.Terengganu. Genre yang diorang main mungkin ramai boleh terima dan ramai tak boleh terima. hahahaha. Sinopsis band nie dinamakan Nightwalker adalah kerana mereka selalu keluar lewat malam sambil bustkin dimana - mana sahaja. Oleh kerana aku selalu ikut diorang diseketika dahulu keluar lewat malam dan melepak sama - sama aku dapat idea bodoh ini dengan menukarkan header blog aku. Jikalau korang perasan semua entry - entry aku diupdate di tengah malam. Memandangkan kepala aku okey ketika lewat malam laah terjadinya entry - entry dalam blog nie.






Apakata aku kongsi sikit tentang bermulanya minat aku terhadap group underground nieh. Dizaman aku pra matang dimana aku berumur 15 tahun mula berkawan dengan Afiq(The Yakkub) , Naqiu(superzealous) dan Amad(Critic Explosion). Aku selalu ikut diorang jamming disebuah studio area K.Terengganu walau sanggup ponteng class petang disekolah. Buat pertama kalinya aku layan lagu - lagu A.C.A.B , Alkaline trio dan MCR.






Sehingga aku berumur dalam linkungan 17 tahun aku mula berkawan dengan seorang budak punk iaitu Achik(The Strider, Nightwalker). Berkenalan melalui myspace dan mula ikut beliau keluar makan dan lepak. Sambil lepak beliau banyak  mencerita tentang GIG. Sejurus itu aku dapat mengambarkan suasana didalam satu dewan yang ramai peminat - peminat muzik underground nieh. Dengan itu juga aku tak pernah tinggal walau satu gig pun yang berlangsung di area K.Terengganu. Melalui mamat nie juga aku mula berminat dan menemui jiwa aku iaitu layan lagu - lagu ciptaan kawan - kawannya sendiri. Alunan bunyi gitar dan drum sungguh menusuk kalbu kepada peminat - peminat muzik underground. Walaupun underground scene ini banyak cabang iaitu punk, metal core, hardcore, alternatif dan banyak lagi. Aku tetap support semua lagu - lagu yang diketegorikan muzik underground. Rawwwwwrkkkk!  \m/



Kata - kata semangat : Go Nightwalker Go... ! kakakakakaka !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa Sedunia

Entry kali ini aku mungkin menyedihkan. Sesiapa yang tak suka baca entry yang menyentuh hati jangan laah baca. 


Tarikh 18 June 2011 tarikh dan hari yang mungkin kawan - kawan yang masih ada ayah mesti gembira. Mesti seronok kan bila remind balik kenangan - kenangan bersama kawan - kawan dan ahli keluarga masing - masing. Aku kalaulah diberi peluang peluk dan cium dahi abah aku kan lebih seronok. Tapi Allah lebih menyayangi beliau. 

Terharu sebenarnya ketika melihat status rakan - rakan diFacebook :

"Selamat hari bapa ayah, saya sayang abah. Thanks for everything"
"Dinner bersama keluarga sempena hari bapa"

Aku mampu melihat atau komen status " Wahhh...terbaikkk :)" untuk kawan - kawan. Ada yang sanggup keluarkan duit sendiri untuk membeli hadiah tali pinggang, minyak wangi , beg duit dan macam - macam lagi.

Kalau nak diikutkan perasaan aku nie nak menangis je depan laptop nieh. Tapi cool lagi kot setakat nieh. Punya laa banyak kenangan aku bersama abah aku dimasa beliau berada disisi aku. Aku selalu mogok atau tunjuk perasaan kalau aku tak dapat satu benda yang aku nak. Aku selalu dikenakan denda berdiri satu kaki kalau aku failed exam atau tak pandai mengaji. Lebih best lagi aku pernah kena penampar 10 jari akibat tersalah tajwid ketika aku mengaji surah Yassin dihadapan arwah. lebih best lagi, kalau aku kantoi tak buat homework buku - buku sekolah aku mesti dibuang dan ada yang kene bakar sekali. Tetapi aku tetap BODOH...hmmm...


Semasa aku berumur 3 - 7 tahun, hari sabtu dan jumaat pagi mesti arwah hantar aku ke kelas Fardu' Ain. Petang - petang kami selalu keluar jalan - jalan dikampung yang paling best beliau bawak aku jalan - jalan dengan menaiki bot dan pusing - pusing sungai K.Ibai. Arwah selalu beri dorongan kepada aku seperti buat kotak buku sendiri dan macam - macam lagi. sampai sekarang aku simpan kotak buku tu. Arwah pernah jugak mengajar aku teknik - teknik pegang alatan pembinaan berasaskan kayu dan batu bata. Fuhh... Arwah selalu berusaha untuk memberi kesempurnaan kepada keluarganya. Pengorbanan arwah memang susah aku nak lupakan.

Nie laa kotak buku yang aku bagitahu tuh..haaa !

Nie kandang ayam hasil kerja aku dan arwah. Tapi dah musnah dimakan harus zaman.

Nie aku dan arwah nak pergi siar - siar disungai Kuala Ibai. 


Kini sudah enam tahun arwah sudah meninggalkan aku dan umei(mak). Lebih menyedihkan aku tak sempat menjaga beliau dihospital kerana ketika beliau sakit aku masih bersekolah. Kalau laah arwah masih ada sekarang ini mungkin aku sempat lagi untuk cium pipi dan dahi arwah dan memohon kemaafan. Ketika arwah menghembuskan nafas aku tak sempat untuk berada disisinya. Kalau dikenangkan lagi aku sememangnya banyak buat salah kepada arwah. Sangat sedih jikalau aku tak sempat tunjukan segulung ijazah kepada arwah.



Al Fatihah :
Mohd Razali B. Mohd Zain
06 OKT 2005

Buat pertama kalinya aku menitiskan air mata didepan laptop sambil menaip entry yang tak berguna nieh !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Monday, June 13, 2011

Orang ketiga !

Kenapa mesti ada orang ketiga didalam hubungan bercinta?. Setiap hubungan yang dinamakan kekasih hati semestinya akan ada perasaan kasih sayang dan mabuk cinta. Datangnya orang ketiga dapat merubahkan segala perasaan terhadap pasangan itu. 


Semalam aku berjanji untuk berubah kehidupan demi untuk cinta pertama aku. Tetapi iainya permainan dari seorang wanita dan akhirnya aku dapat tahu dusta berkalang beliau dengan orang ketiga meleburkan hasrat hati aku untuk berubah untuk dirinya.

Tragedi orang ketiga ini berlaku untuk menguji setiap pasangan itu supaya pasangan itu lebih berwaspada dan menjaga hati dan perasaan masing - masing. Baik pihak lelaki mahupun perempuan semuanya sama untuk mengenal kehidupan sosial mengunakan cara untuk menipu satu sama lain.


Gorgeous,
I wrote this letter cos im dying to see your pretty face,
Im miss your sweetest kiss and your beautiful lullaby,
But where the hell have you been right now,
Just tell me where !

As arrived from the middle of nowhere,
The stars are always there,
But we miss them in the dirt and the darkest storm,
What ever happen we have to remember,
There is a hope !
(lyric by MMA)

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Sunday, June 5, 2011

Aku mintak maaf weii !

Entry kali nieh terlalu simple untuk aku....

Baru - baru ini aku masuk study khusus sampingan dan mengisi masa lapang iaitu khusus drum. Yang terbaik khusus nie sijilnya under Kolej Komuniti K.Terengganu dan dipraktikkan disebuah studio K.Terengganu. Terima kasih kepada kawan aku seorang lecturer drum aku kerana banyak bantu aku. Tapi malang banyak halangan termasuk laah aku kene menjaga atuk aku kurang sihat. Dengan tidak dapat aku membahagi masa untuk itu aku terpaksa undur diri dari khusus tersebut. Bukan sahaja aku mengundurkan diri aku. Aku sangat - sangat berminat dengan drum dan kadang menyimpan azam untuk menjadi drummer terbaik dan terkenal. fuhh ! seriuos nie weii.

Aku ingin memohon seribu kemaafan kepada kawan - kawan aku yang tidak senang dengan peragai aku atau pun perbuatan aku selama ini.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Saturday, June 4, 2011

Terima Kasih Rokok

Alright. Entry aku pagi ini pasai nikotin yang semakin menjadi - jadi didalam tubuh aku.


Siapa pernah dengar ubat Niquitin?? mana tak pernah dengar kan dah selalu tengok iklan ditelevisyen. Start je iklan itu keluar aku telah berjanji untuk stop smoking dan aku pergi cari ubat itu serta merta. Tapi apabila aku fikirkan balik kesan ubat tu dalam tubuh aku menyesal kot. Korang nak tahu apa yang rasa apabila aku makan ubat tu? Ubat Niquitin ini akan detect dahulu ditekak dan kemudianya korang akan rasa pula sakit didada. Seakan - akan susah nak bernafas.


Dua penyesalan aku dibuat ketika ini adalah menyesal aku merokok dan menyesal aku mengambil langkah terburu - buru terhadap ubat ini. Mana taknya respond ubat Niquitin ini sebenarnya memberi petunjuk terhadap aku selama beberapa tahun aku hidup dengan merokok dan perolehi banyak toksik - toksik dan racun ditubuh aku. Sakit yang teramat sangat beb. Mungkin aku tersilap pilih kandungan-nya terlampau kuat untuk badan aku. Apabila aku tanya kawan - kawan yang tahu sedalam - dalam kandungan nikotin pula ada pula kebaikannya. Kenapa mesti ada perkataan "kebaikan" untuk nikotin?


Apabila diceritakan baru laah aku dapat tahu yang nikotin ini berfungsi untuk memberi tenaga kepada kita. Cuba korang tanya kawan - kawan yang tagih merokok. Aku ataupun korang yang dinamakan penagih rokok mesti dapat tahu effect sebenar nikotin. Korang mesti rasa releks ataupun lebih bersemangat kan? yap ! aku akui melalui sudah beberapa tahun aku berjinak dengan rokok.

Kalau korang tahan mengantuk, korang hisap rokok tak??
Kalau korang sudah je makan, korang hisap rokok tak??
Kalau korang bosan terlampau dasyat(tak laa dasyat) korang hisap rokok ke tak??

Mungkin aku silap tanya. Aku sendiri yang semestinya rokok dijari untuk menaip entry ini dan juga sebelum - sebelum nie. Adoii. Sambung lagi, Sebenarnya nikotin teramat bahaya untuk kesihatan setiap penagih rokok termasuk juga aku. Korang tak rasa ke ketika korang bernafas iainya menjadi sukar untuk bernafas , denyutan nadi lebih laju atau kuat dan bla bla bla? mustahil lah korang tak dapat rasa.


Ramai yang bagi tips kepada aku untuk memberi sokongan aku supaya aku berhenti merokok. Ada yang bagi tips yang aku perlu cuba rokok elektrik. Tapi tak laah pulak mampu belikan rokok tu. Mungkin ada cara lain yang dapat membantu aku hilangkan ketagihan. hmmmm...


Jom sama - sama buat research pasal nieh !

 Clip video nieh tak ada kaitan dengan entry nie sebenarnya. Aku chaw lu. Lagi aku mengadap entry ini lagi banyak aku hisap rokok.

Selamat Menyambut Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Daulat Tuanku.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Wednesday, June 1, 2011

Ignite Fest 2011

Entry kali ini aku nak story sikit pasai GIG. Blogger  - blogger ataupun kawan - kawan yang berminat boleh singgah ke link diakhir entry nieh.



Sebut je pasal GIG nie, aku tak pernah miss kot dari tahun 2007 hingga laa tahun 2011. Okey..
Siapa pernah dengar Ignite Fest? Ignite Fest nie dibawah tiga label yang lebih dikenali sebagai Historic Record / Dead Eyes Glow /East Coast Hardcore Community yang berasal dari Terengganu. Bermulanya IGNITE FEST  ini pada tahun 2007 yang telah membawa ramai band - band dari luar Negeri Terengganu datang berkumpul disini. Pada 2007 juga aku mula berjinak dengan gig dan first gig aku iaitu diIgnite Fest 2007 dimana iainya berlangsung di Ibai Golf Kuala Terengganu.


Ignite Fest 2011 akan dilangsungkan pada 11 june 2011 didewan Tuanku Abdul Rahman. Sebanyak sebelas band tempatan dan dua band dari singapura akan berrrrcccuutii di Negeri Terengganu. Paling best gig nieh dilangsungkan pada tarikh 11 June 2011 dimana skuad bola sepak Terengganu akan bertarung jaring dengan Kelantan di Final FA di Stadium Bukit Jalil. Waahhh...macam wartawan laa pulakk aku nieh....

Special Guest  :



Sebelas band tempatan :











Satu lagi video tak dapat dikesan iaitu Sneaky Sniper. Minta Maaf bro - bro Sneaky Sniper aku dah berusaha untuk cari video band korang diyoutube. Tapi tak dapat....

More infomation boleh click Disini dan Disini. mari jalang - jalang ganu neh ! 

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.