THANK YOU FOLLOWERS !

Wednesday, February 8, 2012

PENGALAMAN DITANAH SUCI


Malam ini akan ku cuba mengintai mu dari tirai kamar. Lalu aku mempersembahkan sebuah hajat yang ingin kukecapi. Akan ku meluapkan segala kata kata yang terpendam kepadamu. Biar dirimu berlalu pergi dengan rahsia hanya kita berdua ketahui. Ohhh Bulan ....

Assalamualaikum dan selamat pagi malaysia. Malam yang indah dan kita ditemani cahaya bulan menerangi lautan. Indah sungguh ciptaannya. Terima lah madah aku pagi ini. Entry kali ini aku mungkin sudah lama dihajatkan untuk diupdate. Tetapi tiada idea untuk memulakan. Pengalaman aku sewaktu mengerjakan ibadat Haji diTanah Suci Mekah pada tahun 2006. Pengalaman dimana kuasa Allah Taala telah terbukti terjadi terhadap aku.


Pengalaman pertama

Semasa dirumah, pakcik aku nak ajar cara macam mana nak pakai kain ihram. Tetapi cakap aku tak nak belajar. Setiba dimekah selama 2 hari aku masih lagi tak pandai pakai ihram tuh dan sampailah lilitan kain ihram tuh terlondeh dan terbuka belahan kain dibahagian kemaluan aku. haaa ! masa itu tak silap aku mengerjakan umrah. Dari itu, adalah pak haji roomate aku tolong ajar macam mana nak pakai dengan betul.

Pengalaman kedua

Disuatu malam ketika aku sedang minum kopi dibawah sebuah pokok rendang daun daunnya. Aku cuba bakar sebatang rokok dan dihampiri seekor kucing. Mungkin kucing parsi kot. aku tegur kucing tuh " Comelnya awak". Setelah habis aku hisap rokok aku bangun untuk beredar untuk naik ke hotel. Selepas itu aku terkejut kerana sebelum aku duduk disitu hanya seekor sahaja kucing berada dengan aku tetapi alangkah ramai kucing berhampiran dengan aku. Kucing tuh binatang kesayangan Nabi tau.

Pengalaman ketiga

Suatu pagi selepas solat subuh bersama pak haji roomate aku ingin keluar mencari kedai breakfast disekitar Masjidil Haram. Nampak laa satu anak tangga kearah satu lorong. "pak haji, jangan lalu laah nanti tersesat pulak" satu kata kata yang tak disengajakan. Kami tak lalu jalan tuh tapi kami berpatah hajat dan lalu langkah pulang ke hotel. Semasa kami jalan sama sama menuju balik, sekilas pandang sahaja kami terpisah. Nasib baik aku ingat jalan pulang ke hotel. Dengan itu, aku pulang seorang diri. Setiba dihotel aku berehat dibilik. Dalam beberapa minit kemudian pak haji baru sampai bilik. " tadi pak haji cari wan tapi tak jumpa". 
p/s : Ditanah suci, jagalah percakapan kamu.

Pengalaman keempat

Umei, emak saudara, Nenek saudara aku selesai buat umrah selepas solat subuh. Sebelum itu, kerana aku terlalu penat aku balik tidur dihotel. Aku tak tahu pulak mereka nak selesaikan kerja kerja umrah. Sebelum solat zuhur aku bangkit dan lalu ke bilik mereka,

Aku : umei, meh r g wat selesai kerja kerja umrah.
Umei : umei siap semua dah kerja kerja umrah.
Aku : habis tuh wa macam mane?
Umei : umei ingat wa dah buat kerja kerja umrah
Aku : bla bla bla bla Bodoh ... bla bla bla 


Hanya terlepas cakap satu perkataan BODOH sahaja. Mulut aku tak boleh buka dan tak boleh makan selama sehari. Dibahagian tepi bibir aku seakan akan ada kudis. Lalu aku kerjakan solat taubat, solat hajat dan minta maaf kepada umei aku. Alhamdulillah, selang sehari selepas itu mulut aku sembuh kembali.

Pengalaman kelima

Perjalanan menuju ke Madinah selama 8jam dari Kota Mekah dan kami berhenti makan disebuah hentian. Kami disambut dengan angin yang kuat. Sejuk terasa sampai ketulang. Aku terlihat bulan. Oh ciptaanNya. Aku terasa seperti bulan tuh hampir dengan kami. Cukup cantik dari segala galanya. Lalu aku angkat kedua dua tanganku berkata Syukur Alhamdulillah kerana aku diberi peluang melihat kecantikkan ciptaanMu Yaa Allah.

Pengalaman keenam

Sesampai di Madinah, aku ternampak gerai kebab. Dihari pertama, aku dah try kebab dia. Kebab dan air pepsi. Murah je kot. 3 riyal je kot. Aku beli kebab ayam dan air pepsi. Kenyang laa jugak. Aku naik hotel aku cakap kat umei. " Umei, wa tak nak makan nasi. wa nak makan kebab je" selama seminggu aku tak ada selera nak makan nasi. Hahaha... Seminggu tuh jugak laa siang dan malam perut aku beralas dengan kebab dan air pepsi. Nasib baik aku berdoa " Ya Allah, jadikan lah air pepsi ini sebagai ubat aku. Ya Allah, aku memohon padaMu supaya aku tarik balik kata kataku sesampai diMekah kembali". Alhamdulillah.......


Pengalaman ketujuh


Kami mesti bermalam dipadang mudzalifah sebelum bertolak ke Mina. Kenapa kami perlu bermalam dipadang mudzalifah? Wajib rukun haji perlulah bermalam untuk kutip batu kerikir. Selepas itu barulah kami bertolak keMina untuk menyelesaikan rukun haji yang last iaitu melontar 3 jamrah. Dalam suasana Mudzalifah, lelaki wajib pakai kain ihram. Sume dah tahukan kalau pakai kain ihram macam mana? tak boleh pakai underwear dan tak boleh pakai sweather. Cuaca sejuk, angin kuat. Aku boleh ramalkan suhu sejuk masa itu mungkin mencecah 5 darjah celcius. Anda bayangkan macam mana aku dapat bertahan.... Alhamdulillah.

p/s : Entry ini diupdate secara spontan.nak je aku taip mengunakan loghat terengganu.tapi takut hangpa semua tak faham pulak.

4 comments:

  1. tak tahu nape , tapi rasa sebak baca entry ni. sobs ><

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. n nice song bro ;D

    ReplyDelete
  3. wahhhhh..bruntung la lu...aku pon tak penah pegi tanah suci..terbaek la..haaa...aku lupe nak bagitau..kalu lu dtg blog aku..jangan lupe komen k..sebab aku kadang tak boleh bce mesej kat fibox..hehehe..sorry

    ReplyDelete
  4. alhamdullillah..dah merasa ke tanah suci..teringin jugak..=)

    ReplyDelete