THANK YOU FOLLOWERS !

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Lip lap lip lap dah nak habis Bulan Mulia nie. Esok menjelangnya hari raya aidilfitri dan suasana yang sangat meriah bagi umat islam seluruh dunia bergembira meraikannya. Tapi sebelum itu, Malam raya kita dah dapat menrasai suasana hari raya.BOOMM BOOMM BOOOMM( bunyi bunga api) dengan cahaya pelita menerangi kawasan rumah(kalau tak hujan laa...) dan lampu hiasan membelit dinding atau atap - atap rumah.

Hari raya tahun ini pula jatuh pada tarikh 31 ogos iaitu hari kemerdekaan. Okey..kita lupakan hari kemerdekaan seketika dan kita fikirkan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi. Sebut je hari raya, mak ayah mesti keluar duit banyak untuk anak - anaknya bershopping. Baju baru, kasut baru, seluar baru apa lagi ?? dan macam - macam lagi laa...Seronok kalau kita tengok dimana - mana uptown yang menjual pelbagai jenis pakaian untuk beraya. Tapi yang pelik ada ke baju spiderman untuk buat beraya? tak payah pelik dan memang ianya terjadi dikalangan budak - budak yang berumur 3 - 4 tahun kebawah. Tapi pelik sebab remaja pun ada juga yang pakai.

Mak ayah pula sibuk cari kedai perabut yang buat promosi. Perabut rumah mesti laa perlu baru kan? Sofa, meja makan, Almari kaca, Lampu hiasan dan banyak lagi laah. Dalam rumah mesti kelihatan bersih. Mak aku pula selalu bising sebab hari raya yang pertama aku selalu bawak naik kasut masuk dalam bilik sebab malas nak tanggalkan. Alaaa macam cerita sepanyol petang - petang tu. Kasut baru laa katakan...eeeeyyyuuuuueewww....

Tahun nie pula buat pertama kalinya aku hidup sebagai perantauan kerana mengisi ilmu nun jauh dari kampung halaman. Nasib baik ada tiket balik ke kampung dan beraya dikampung. Okey..aku try search kat google dan taip " perbezaan hari raya dikampung dan dibandar" search punya search dapat laa serba sedikit...tapi mungkin betul. Apa yang betul ?


Perbezaan beraya dikampung
  • Malam raya boleh main mercun banyak - banyak.
  • Raya pertama cium pipi mak ayah(kalau tak anak yatim laa).
  • Naik basikal atau sebarang jenis kenderaan keliling kampung ke rumah kawan - kawan ataupun saudara mara.
  • Yang paling penting dapat merasai makanan seperti ketupat,lemang,rendang yang fresh dan menyeronokkan.
Perbezaan beraya dibandar
  • Malam raya pusing - pusing bandar melayani perasaan sedih.
  • Raya pertama pergi solat Aidilfitri(kalau tak uzur syarie).
  • Balik rumah cari remote tv tonton cerita raya yang sedih.
  • Pasang lagu raya kuat - kuat sampai pecah cermin tingkap rumah sebelah.
  • Paling pilu adalah makan ketupat segera dan rendang beli dimana - mana kedai mamak.

Alright. Akhir kata mahupun semanis ucapan dan keikhlasan dari lubuk hati hamba Allah ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Mohon kemaafan dihari raya ini dari hujung rambut ke hujung kaki. Maaf terlanjur kata dan perbuatan dari hamba Allah ini selama kita bersahabat mahupun berkenalan.

Khas untuk :

KELUARGA KUALA IBAI / KELUARGA HAJI MOHD
SAHABAT DARI UNIKL MSI / PET 1A
KYOHI FC
ALUMNI SMKPN 08
SAHABAT DI FACEBOOK
BLOGGER
WARGA UNDERGROUNDERS TERENGGANU

"Biar r cukup 20 hari" jangan salah paham...aku sebenarnya nak katakan kita dah berpuasa 20 hari dimasa video ini dirakankan.

Sama - samalah mengeratkan lagi silaturahim antara kita.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Tuesday, August 9, 2011

Bosan yang terlampau dasyat

Assalamualaikum. agak - agak dah berapa bulan aku tak update blog aku nieh. Sebulan je kot selepas aku berada di Kulim nieh. Entry yang paling latest aku update pada 25 julai. Biasa lah, dah mula hidup sebagai budak belajar. Dua minggu pertama dah banyak assignment. Idea nak update blog nie banyak sebenarnya. Bila kita tangguh sesuatu kerja itu kita mudah terlupa kan? Tiga minggu ini juga aku mula belajar hidup diperantauan. Jauh dari umei aku yang berada K.Terengganu. Susah juga sebenarnya bila jauh dari mak. Zzzz...mungkin aku tak pernah basuh baju menguna berus. Balik je rumah terus campak - campak je baju, Mak aku yang buat clearing.zzz

Oppss...lupe pula aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia nie kepada kawan - kawan aku yang beragama islam. Sory laa aku lambat bagi ucapan nie ye..Teringat pula kisah aku berpuasa di ILP dulu apabila time buka puasa bersama roomate dikulim nie. hahaha. Maggi dan milo 3 in 1 mesti kene bekal didalam locker.

Okey. Alhamdulillah, aku semakin selesa disini. classmate dan roomate pun okey. Boleh layan satu kepala. Sekarang aku rungsing hal cuti sempena hari raya aidilfiti pada 26 ogos nanti. Tiket bas pula dari Kulim ke Terengganu semua dah sold out. Alhamdulillah, akhirnya ada jugak tiket aku balik beraya.


Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Monday, July 25, 2011

Career di UniKL

Assalamualaikum. Perghh. lama aku tidurkan blog aku tanpa belas kasihan. Maklum sajalah aku sudah mula menjadi budak nerd. zzz


Perjalanan yang memakan masa selama 16 jam dari Terengganu ke Kajang dan berakhir ke kulim. Kini aku berada di University Kuala Lumpur Spanish Institute untuk menambah ilmu didalam bidang Diploma In Engineering Production selama tiga tahun. Alhamdulillah, aku mula menjumpai suasana belajar hidup berdikari apabila berada ditempat jauh dari keluarga. Sekali lagi aku bersyukur kerana berjaya merapatkan silaturahim aku bersama kawan - kawan yang tidak aku kenal sebelum ini baru 2 minggu aku berada disini.





Hari ini aku dapat jugak timetable aku untuk semester 1. Bosan aku meng'klik refresh Ecitie.

Kenapa aku terlalu mengharapkan UniKL? 

Satu anjakan jauh kerana aku mengharapkan dapat menyambung diploma didalam career aku sebagai aircondtioner ke UniKL MFI tetapi aku lost dari application diMFI dan lalu aku dapat belajar course baru dan future baru. Kenapa future baru? Career aku sebelum ini mengambil masa selama 1 tahun 3 bulan untuk dapatkan sijil juruteknik airconditioner berakhir dengan kegagalan untuk menyambung diploma didalam course aircondition.

Ada beberapa sebab aku akan nyatakan. Pertama : sistem pembelajaran 40% teori dan 60% praktikal. Kedua : aku terlalu minat tentang kemahiran. Apa jenis course sekalipun mengenai kemahiran aku minat. Ketiga : UniKL adalah satu universiti yang under MARA. Keempat : Yuran lebih jauh murah di antara kolej - kolej swasta. okey cun !

Kalau anda mahu tahu lebih lanjut tentang  boleh try apply UniKL dan cari course yang sesuai dengan anda. UniKL bukan saja berada di Kuala Lumpur malahan ada 13 cawangan. Kalau nak tahu try asking Mr/Mrs google !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Tuesday, July 12, 2011

Next event 16 july dan 29 july...

Fuhh...


Lama gila aku tidurkan blog aku. Aku pun tak tahu nak update pasal apa. Nak je aku update pasal BERSIH tapi nak ke orang baca.


Entry kali ini aku nak update pasal event yang akan diadakan tak lama lagi. salah satu eventnya adalah konsert untuk remaja yang minat terhadap muzik. YOUTH CONCERT yang akan dilangsungkan pada 16 julai bertempatkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, K.Terengganu. Enam buah band akan berkunjung di K.Terengganu iaitu Maddame, An Honest Mistake, Melodisaster, Dichi Michi, Grey Sky Morning dan Modread. Sesiapa yang mahukan tiket boleh hubungi crew yang bertugas didalam flyer diatas. Pertama kali aku tidak dapat hadir untuk meriahkan konsert ini. Aku nak minta maaf kepada organize kerana tarikh 16 julai aku telahpun berada diKulim.


Event kedua pada bulan yang sama iaitu BBQ bersama Terengganu Underground Scene sempena menyambut bulan Ramadhan. Event yang sering kali dibuat pada setiap tahun sebelum puasa. Dijemput semua hadir untuk meriahkan lagi majlis ini. Kedua kalinya aku berminta maaf kerana aku tidak dapat hadirkan diri.

Dua event pada bulan julai terpaksa undurkan diri. 

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Saturday, July 2, 2011

Malam :|


Termenung di malam yang begitu indah. Bintang dan bulan tetap anggun penuh bercahaya membuat diriku bersyukur kehadrat Ilahi. Embun pagi mulai membasahi pokok - pokok ciptaannya. Jernihnya akan dapat mengambarkan wajah seseorang yang sedang dirindui. Malam membuatku mencapai angan - angan yang boleh dianggap kosong tetapi ianya satu realiti yang inginkan kebebasan dan mahupun kejayaan. Kembara jiwa diri siap sedia mengemilangkan suasana yang sunyi sepi melalui lorong - lorong jiwa yang penuh keresahan. Serangga jengkrik mengamitkan suasana dan memecahkan kesunyian diri seseorang yang memendamkan kesedihan. Azam baru, Semangat dan keyakinan mulai menyentuh akal fikiran justeru telah melalui hati untuk mengubah cara kehidupan aku dimasa hadapan.

Selamat Malam 

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.


Friday, July 1, 2011

Dibelenggu Persoalan


Selamat pagi dan selamat datang 1 July 2011. Dah tak lama lagi 17 July akan tiba juga. Aku berada di atas permukaan bumi yang berputar mengikut peredaran masa yang begitu pantas sehingga ianya membuat aku termenung jauh. 


Dub dab dub dap....

Masalah semakin bermain difikiran. Buntu untuk mengatasi. Susah orang nak faham keadaan family aku sekarang ini. Aku anak tunggal dan ditanggung oleh seorang wanita iaitu mak aku yang sudah bersara. Tambahan pula atuk aku telah pun jatuh sakit. Siapa lagi kalau bukan aku yang mejaga atuk aku. Aku perlu bersyukur dengan yang Maha Esa kerana aku masih sihat. Adakah aku dalam keadaan terpaksa untuk menangguh diploma aku disebuah kolej itu nanti?.Adakah aku dalam keadaan terpaksa untuk menarik diri? Demi keluarga apa sahaja aku aku berani tempuh.


Ohhh Tidakkk...

Persoalan yang akan dijawab tak lama lagi.

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

Sunday, June 26, 2011

Selamat datang ke dunia NIGHTWALKER !

Minta maaf kawan - kawan. Aku lama laa jugak tak ambil tahu pasal blog aku nieh. Tak silap aku mungkin sudah dua minggu aku biarkan blog aku nie. Mungkin korang hairan kenapa aku dah tukar Header aku dari " BERMULA DAN BERAKHIR" kepada " NIGHTWALKER". Binggung apabila aku tak dapat tukar URL. Siapa - siapa boleh ajarkan tak? hehehe !


Aku ambil Header Nightwalker ini sebenarnya dari sebuah band K.Terengganu. Genre yang diorang main mungkin ramai boleh terima dan ramai tak boleh terima. hahahaha. Sinopsis band nie dinamakan Nightwalker adalah kerana mereka selalu keluar lewat malam sambil bustkin dimana - mana sahaja. Oleh kerana aku selalu ikut diorang diseketika dahulu keluar lewat malam dan melepak sama - sama aku dapat idea bodoh ini dengan menukarkan header blog aku. Jikalau korang perasan semua entry - entry aku diupdate di tengah malam. Memandangkan kepala aku okey ketika lewat malam laah terjadinya entry - entry dalam blog nie.






Apakata aku kongsi sikit tentang bermulanya minat aku terhadap group underground nieh. Dizaman aku pra matang dimana aku berumur 15 tahun mula berkawan dengan Afiq(The Yakkub) , Naqiu(superzealous) dan Amad(Critic Explosion). Aku selalu ikut diorang jamming disebuah studio area K.Terengganu walau sanggup ponteng class petang disekolah. Buat pertama kalinya aku layan lagu - lagu A.C.A.B , Alkaline trio dan MCR.






Sehingga aku berumur dalam linkungan 17 tahun aku mula berkawan dengan seorang budak punk iaitu Achik(The Strider, Nightwalker). Berkenalan melalui myspace dan mula ikut beliau keluar makan dan lepak. Sambil lepak beliau banyak  mencerita tentang GIG. Sejurus itu aku dapat mengambarkan suasana didalam satu dewan yang ramai peminat - peminat muzik underground nieh. Dengan itu juga aku tak pernah tinggal walau satu gig pun yang berlangsung di area K.Terengganu. Melalui mamat nie juga aku mula berminat dan menemui jiwa aku iaitu layan lagu - lagu ciptaan kawan - kawannya sendiri. Alunan bunyi gitar dan drum sungguh menusuk kalbu kepada peminat - peminat muzik underground. Walaupun underground scene ini banyak cabang iaitu punk, metal core, hardcore, alternatif dan banyak lagi. Aku tetap support semua lagu - lagu yang diketegorikan muzik underground. Rawwwwwrkkkk!  \m/



Kata - kata semangat : Go Nightwalker Go... ! kakakakakaka !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.