THANK YOU FOLLOWERS !

Saturday, April 23, 2011

Perihal Diri Aku

Saya Ahmad Syazwan B. Mohd Razali. Saya dilahirkan di hospital K.Terengganu pada tanggal 00 Jan 1900, no kad pengenalan 0001001100, no surat beranak 000000. Ketika ini saya berusia 20 tahun. Didalam keluarga, Saya merupakan anak tunggal. Saya mula masuk pendidikan awal di Pasti Al Furqan. Apabila saya berumur 7 tahun saya mula melangkah di SK Tengku Ampuan Mariam dan berpindah sekolah SK Pusat Kuala Ibai pada darjah 3. Selepas memperolehi keputusan UPSR saya mula melanjutkan pelajaran saya di SMK Rusila. Sejurus itu saya terpaksa bertukar sekolah akibat masalah keluarga. Dengan itu, Saya mula berlangkah kaki ke SMK Padang Negara sehingga menduduki SPM. Alhamdulillah, Keputusan SPM saya lulus dan membolehkan saya melanjutkan pelajar disebuah kolej kemahiran iaitu Institut Latihan Perindustrian didalam bidang Sijil Penyaman Udara selama 1 tahun 3 bulan. 




Sejurus itu saya mula mengolak langkah untuk menyambung diploma di UNIKL.
Nama ibu Rosnee Bt Mohd seorang pesara kerani Telekom yang tabah. Bapa saya pula sudah kembali ke rahmatullah semasa saya berumur 15 tahun. Sejurus itu saya dinobatkan sebagai ketua keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Saya merupakan seorang yang ceria, bertanggungjawab dan mempunyai cita – cita yang tinggi setinggi menara KLCC. 


Alhamdulillah, kini saya menerima tawaran dari UNIKL  iaitu bidang DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN MECHANICAL DESIGN & DEVELOPMENT. Peluang ini tidak akan saya sia – siakan kerana ini adalah jalan untuk saya merialisasikan impian saya sejak kecil dan memberi sinar cahaya buat ahli keluarga saya. Saya menyimpan setinggi-tinggi harapan, agar pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT meluluskan permohonan pinjaman saya selama  3 tahun pengajian saya di UNIKL. Saya memilih (MARA) adalah kerana keyakinan saya terhadap MAJLIS AMANAH RAKYAT dan semoga kerjasama dari pihak (MARA) dapat membantu melancarkan pengajian saya .Akhir kalam kerjasama dari pihak (MARA) amat saya sanjungi dan hargai.
Sekian,terima kasih.

p/s : perihal diri aku ini akan dihantar ke UNIKL. Bukan saja - saja aku update entry ini. No ic dan surat beranak aku terpaksa hide untuk security. Peace !

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah.

7 comments:

  1. matwa apply unikl kt mne? CN tahu number ic matwa..kecuali 4 number belakang :)

    ReplyDelete
  2. MSI..kedah...wahhh ! shhhh ! rahsiakan ! hahahaha !

    ReplyDelete
  3. owh..kulim ek? kan dah selungkar fb matwa..orait tuan belog :)

    ReplyDelete
  4. hahahahahaa ! yap2 ! nnti matwa selungkar fb cn pulak...hehehe !

    ReplyDelete